Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 5, 2010

Kenapa mengelak daripada kebertanggungjawaban nyawa

Soal Amirulrasyid Amzah, 15, bawa kerata tidak ada lesen merupakan kesalahan undang-undang tetapi hukumannya bukan sampai dibunuh.

Beliau boleh didenda kerana keslahan tersebut tetapi hukuman bunuh itu satu tindakan yang melampau.

Ini jawapan kepada media yang mempersoalkan ibu Amirulrasyid, Nosiah Mohamad membiarkan anak beliau membawa kereta sedangkan tidak ada lesen.

Pihak yang bertanggungjawab dalam kes bunuh Amirulrasyid mesti dihadapkan ke mahkamah. Soal lesen atau kakaknya membiarkan adiknya membawa kereta, itu soal lain.

Itu soal kemasyarakatan yang boleh dibincangkan kemudiannya. Kita mahu cari pembunuh tetapi dengan asyik mempersoalkan kesalahan Amirulrasyid ia akan melindung isu besar iaitu pembunuhan yang sebenar.

Berikut laporan Malaysiakini:

Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis
Aidila Razak, Mei 3, 10

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.

"Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.

Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.

Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.

Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.

"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.

Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.

“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP