Bekas Menteri Luar Negeri Iran, Ali Akbar Velayati yang juga pernah menjadi penasihat senior bagi Presiden Iran, Ali Khamenei baru-baru ini mengungkapkan kenyataan yang cukup kontroversi.
Dalam sebuah program televisyen, Ali Akbar Velayati mengatakan bahawa pada masa hidupnya sewaktu memperingati perayaan pemulihan kota Khorramshahr (Muhammarah) dari pasukan Iraq, Ayatullah Khomeini yang sering digelar Imam dan Ruhullah oleh para pengikut Syiah memuji pembebasan kota tersebut dari pasukan Saddam Hussain dan mengatakan: "Tidak ada yang lebih baik daripada masyarakat kita, bahkan masyarakat (sahabat) Nabi Muhammad saw."
Velayati memberitahu bahawa Ayatullah Khomeini mengatakan bahawa dirinya memiliki perasaan cinta yang khusus terhadap masyarakat dan bangsa Iran dan menegaskan bahawa tidak ada yang lebih baik daripada masyarakat kita (Iran) bahkan masyarakat di zaman Rasulullah saw yang ada di jantung Islam (Mekah dan Madinah).(fq/imo)
LFL should defend the victims, too
-
TTDI, 30/april: Malaysia’s Lawyers For Liberty’s concern about a police
report lodged by the MCMC on a disgraced Australian blogger based in
Thailand is pe...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment