Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 31, 2010

Kematian meningkat 20 orang akibat serangan Israel terhadap armada kebebasan

Jumlah kematian daripada tindakan keji tentera angkatan laut Israel terhadap konvoi bantuan Gaza telah meningkat menjadi 20 orang, sementara itu Israel dengan berhati-hati mensensor laporan mengenai mangsa serangan tentera mereka tersebut.

Armada kebebasan yang akan menuju Gaza, mendapat serangan pada Isnin pagi ini (31 Mei) oleh pasukan komando tentera laut Israel di perairan antarabangsa sekitar 150 km (90 batu) dari laut pantai Gaza.

Enam armada kapal bantuan diserbu oleh pasukan tentera Israel dari helikopter.

Sekurangnya 20 orang terbunuh dalam rampasan terhadap konvoi bantuan Gaza, koresponden Press TV melaporkan, mengatakan bahawa lebih daripada 50 orang cedera dalam serangan itu.

Berita itu terdedah melalui sensor tentera Israel yang telah berusaha untuk menyekat pelaporan maklumat mengenai mangsa jiwa.

Sebuah laporan di radio mengatakan sensor itu ditujukan untuk menutup jumlah korban yang dibawa ke rumah sakit Israel untuk rawatan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan dan Industri Israel Binyamin Ben-Eliezer menyatakan 'penyesalannya' atas kematian aktivis di kapal bantuan ke Gaza.

"Gambaran ini pasti tidak menyenangkan. Saya hanya boleh menyesal atas jatuhnya mangsa jiwa," katanya kepada Radio Tentera Israel.

Komen ini datang sebagai pengakuan rasmi pertama oleh Tel Aviv bahawa serangan itu telah berubah fatal.

Israel pada awalnya menolak untuk mengomentari laporan korban dari pengambilalihan kapal bantuan yang menuju ke Gaza.

Laporan terkini menyebut Syaikh Raid Shalah salah seorang pimpinan gerakan Islam di wilayah pendudukan 1948, ikut menjadi mangsa tercedera akibat serangan keji tentera Israel. (Fq / prtv)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP