Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 2, 2010

Mesir langgar peraturan antarabangsa guna gas bunuh warga awam

Organisasi hak asasi manusia (HAM) Palestin, Rashid menegaskan, lebih dari 52 warga Palestin terbunuh di wilayah terowong sempadan dengan Mesir akibat semburan gas beracun oleh keselamatan Mesir antara awal tahun 2010 hingga sekarang.

Dalam salinan kernyataan terakhirnya (30 April) yang diterima Infopalestina, lembaga HAM itu menegaskan, laporan rasmi tentera keselamatan menyembur gas beracun dan membunuh kepada warga Palestin yang mengangkut bahan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza melalui terowong kerana rakyat Palestin diblokade secara zalim.

Lembaga HAM mengedar risalah bahawa tindakan keselamatan Mesir itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana menyembur gas mematikan di wilayah awam.

Lembaga itu menambah, undang-undang antarabangsa soal HAM melarang penggunaan gas mematikan dalam keadaan di pebatasan Semenanjung Gaza. Ini tindakan yang harus diberi hukuman sesuai dengan undang-undang antarabangsa.

Semua bukti menunjukkan penglibatan secara rasmi tentera Mesir dalam kejahatan tersebut sebab itu lembaga HAM Palestin meminta kerajaan Mesir untuk waspada.

Ini kerana blockade terhadap wilayah Semenanjung Gaza itu di atas tanah jenayah perang sesuai dengan pasal 8 dari undang-undang jenayah antarabangsa dan blockade di bawah tanah adalah kejahatan kemanusiaan yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Lembaga berkata, kewujudan terowong di bawah tanah adalah kerana terpaksa. Sebab sejak empat tahun lalu bangsa Palestin di Semenanjung Gaza diblokade. Maka seharusnya yang menjadi kewajipan Mesir adalah membuka perlintasan sebagai alternative terowong sehingga bangsa Palestin di sana mendapat keperluan mereka secara wajar dan bukan dengan justeru membunuh warga.

Tindakan menyembur gas kepada warga awam yang dilarang dunia internasional sama sahaja ertinya ikut serta dengan Israel dalam menyekat. Apalagi dengan membunuh langsung yang dinilai sebagai pembunuhan beramai-ramai massa.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP