Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 2, 2010

PKR sedia umumkan tetapi Umno kenapa membisu

Menteri Besar Selangor akan mengumumkan perbelanjaan kerajaan negeri dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor membuktikan ketelusan dan berhemah kerajaan negeri itu dalam mengurus wang rakyat.

Ia tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan di Malaysia sehingga kini sebaliknya Tan Sri Khalid Ibrahim dengan yakin dan jujur sanggup berbuat demikian kerana rakyat berhak tahu wang mereka dibelanjakan terutama dalam pilihan raya kecil itu.

Jika ini dilakukan Khalid sekali lagi Umno tersipu malu kerana kecundang dalam mengurus harta rakyat. Ini kerana Umno tidak berani berterus terang berapa wang kerajaan pusat dibelanjakan dalam pilihan raya kecil tersebut.

Malah bila PKR tuduh Umno menghabiskan wang kerajaan persekutuan sehingga RM167 juta dalam pilihan raya kecil itu sebaliknya dituduh pulak PKR belanja wang kerajaan negeri RM176 juta.

Sebaliknya tuduhan itu disambut Khalid dan sedia mendedahkan perbelanjaan kerajaan negeri tetapi Umno kenapa membisu?

Rakyat yang terbuka hati akan mengambil berat soal ini tetapi rakyat yang mementing perut sendiri, dia tidak kisah asalkan perut dia terus buncit.

Laporan berkaitan daripada Bernama:

MB: Kerajaan negeri tak beli undi di Hulu Selangor


SHAH ALAM, 1 Mei — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri membelanjakan RM176 juta bagi mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini.

Khalid (kanan), yang menyifatkan dakwaan itu sebagai “sinis” dan “tidak berbaloi”, berkata negeri Selangor tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan itu.

“Saya sedia beri ganjaran kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu jika mereka tampil memberi bukti kepada saya dari mana datangnya sumber peruntukan itu. Jumlah itu (RM176 juta) sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah dibelanjakan kerajaan negeri untuk meningkatkan kebajikan rakyat iaitu kira-kira RM40 juta setahun.

“Oleh itu dakwaan tersebut tak benar. Kita tidak mempunyai wang dan peruntukan untuk itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah untuk pelajar-pelajar cemerlang Yayasan Selangor di sini.

Khalid diminta mengulas dakwaan tersebut disiarkan dalam sebuah blog.

Khalid, yang juga ketua perhubungan PKR Selangor, berkata beliau sedia mengumumkan perbelanjaan yang dibuat sepanjang pilihan raya itu.

“Kita akan bersikap telus. Kita akan umumkan butir-butir (perbelanjaan semasa kempen pilihan raya). Ini kerana dari segi pengurusan kewangan, kita berbeza dari kerajaan persekutuan”, kata beliau.

Dalam pilihan raya kecil itu Ahad lepas, calon Barisan Nasional, P. Kamalanathan mengalahkan Zaid dengan majoriti 1,725 undi.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP