Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 30, 2010

Insya Allah, hari ini armada pemusnah blokade tiba di Gaza

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, berkata bahawa ketibaan kapal pengangkut bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza sama halnya dengan kemusnahan tindakan kepungan Israel terhadap kawasan itu.

Rejim Zionis Israel telah menyekat Semenanjung Gaza sejak tahun 2007. Israel melarang kemasukan bahan makanan, ubatan dan keperluan asas lain ke wilayah tersebut. Dan sejak, Gaza telah berubah menjadi sebuah penjara besar.

Menurut laporan pejabat berita Isna, pada hari Sabtu (29 Mei), Haniyah telah berada di pelabuhan Gaza untuk menyambut kedatangan konvoi kapal pengangkut bantuan Freedom Flotilla (Armada Kebebasan).

Dalam kesempatan tersebut, Haniyah menyatakan, "Kedatangan konvoi kapal pengangkut bantuan ke Gaza menunjukkan bahawa tindakan kepungan yang dilakukan Zionis Israel secara zalim, akan hancur."

Haniyah juga meminta komuniti antarabangsa dan negara pendukung kemerdekaan supaya melindungi konvoi kapal pengangkut bantuan ini hingga tiba di Gaza, meskipun terdapat intimidasi dari Zionis Israel.

Menurut rencana, konvoi kapal pengangkut bantuan ke Gaza yang bertajuk The Freedom Flotilla akan tiba di Gaza, hari ini (Ahad, 30 Mei). (Fq / IRIB)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP