Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 30, 2010

Kapal perang Israel bersedia halau armada kebebasan

Israel menyatakan bahawa Tentera Laut mereka akan dikerahkan untuk menahan konvoi bantuan sebanyak sembilan kapal daripada armada kebebasan yang akan masuk ke Semenanjung Gaza melalui laut.

Beberapa kapal perang Israel telah dikerahkan pada hari Sabtu terakhir semalam (29 Mei) untuk menghadapi armada kebebasan, yang berangkat dari pantai Cyprus menuju pantai Gaza, lapor akhbar The Hindu.

Koresponden Press TV Ashraf Shannon juga mengatakan bahawa ada kehadiran kapal tempur bersenjata lengkap Israel di kawasan pantai Gaza.

Penyelenggara aksi armada kebebasan, berkata pada hari Sabtu bahawa sekurang-kurangnya dua daripada kapal armada kebebasan sistem hidroliknya rosak "dalam situasi yang mencurigakan," lapor German Press Agency (DPA).

Di bawah tekanan dari Tel Aviv, pegawai Cyprus menolak untuk membolehkan kapal rosak itu ke dermaga untuk pembaikan. Dua puluh lima ahli politik antarabangsa, aktivis dan seniman juga dilarang menyertai kumpulan itu pada hari Jumaat lalu.

Penulis buku terlaris Sweden, Hanning Mankell, dilarang bergabung dengan armada di Cyprus dan ia berkata: "menyekat kebebasan kami bergerak hanya akan menyumbang lebih menarik perhatian dunia terhadap gerakan kami dan pusat Gaza."

Menurut laporan DPA, armada akan memutuskan apakah akan belayar pada hari Sabtu atau hari Ahad ini.

Israel telah mengancam menangkap atau mengusir para aktivis dan ahli politik yang ada di dalam kapal yang akan menuju ke Gaza. (Fq / prtv)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP