Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 2, 2010

Israel cabul gencatan senjata serang Gaza

Pesawat Israel melakukan 13 serangan udara ke wilayah Semenanjung Gaza yang diperintah oleh Hamas.

Empat serangan tersebut dilakukan dekat bandar Khan Younis, tempat dua tentera Israel terbunuh dalam pertengkaran dengan pejuang Palestin minggu lalu.

Israel mengatakan sasaran operasi itu adalah empat kilang senjata. Sebaliknya media melaporkan orang awam menjadi mangsa serangan itu.

Serangan tersebut adalah yang paling serius sejak Israel menamatkan operasi serangan ke atas Semenanjung Gaza bulan Januari 2009.

Palestin dan kumpulan hak asasi manusia mengatakan lebih dari 1,400 warga Gaza terbunuh dalam serangan tahun lalu, sementara Israel menyebut jumlah korban 1,166. Dari pihak Israel 13 warganya terbunuh.

Saksi melihat serangan paling baru itu mengatakan pesawat pejuang Israel menyerang bengkel logam, pertanian, satu kilang susu dan satu lokasi milik sayap tentera Hamas.

Pengarah ambulan dan kecemasan, Muawiya Hassanein, berkata 13 kanak-kanak cedera ringan akibat terkena serpihan logam.

BBC di Jerusalem berkata Israel nampaknya memberi isyarat bahawa jika ada kegiatan militan di Gaza, negara itu akan membalas.

Dalam kenyataan bertulis kepada BBC, tentera Israel mengatakan pihaknya "tidak akan mentolerir kegiatan pengganas di wilayah Gaza yang mengancam warga Israel".

Pejabat berita Palestin melaporkan bahawa pada hari Khamis pesawat Israel menjatuhkan sebaran di sebahagian wilayah Gaza yang memperingatkan warga mengenai aksi balasan terhadap pembunuhan tentera Israel di Khan Younis hari Jumaat lalu.

Keduanya adalah tentera Israel pertama yang terbunuh ketika tembak menembak di Gaza dalam satu tahun terakhir. Sayap tentera Hamas mengaku bertangungjawab atas serangan itu.

Hamas mengatakan pejabat polis dan kemudahan latihan menjadi sasaran serangan malam hari Israel itu.

Khimar Abu Sada, pengajar ilmu politik di universiti al-Azhar Gaza City, mengatakan kepada BBC bahawa dia mendengar beberapa letupan di bandar itu.

"[Hari Sabtu] tentera Israel menyebarkan risalah di Gaza City yang memberi amaran warga Palestin akan satu balasan Israel atas pembunuhan dua tenteranya ... jadi kami menganggarkan serangan hari Jumaat, tetapi tidak Khamis malam," ujarnya.

Ketegangan di wilayah itu meningkat selepas kerajaan Israel mengumumkan pembangunan 1,600 rumah baru bagi warga Yahudi di Jerusalem Timur, yang dikehendaki oleh Palestin sebagai ibukota negara Palestin di masa depan.

Gaza Israel

Amerika Syarikat mengkritik projek Ramat Shlomo, yang membuat Palestin menarik diri dari perundingan damai tak langsung yang ditengahi Amerika.

Perselisihan ini menyebabkan krisis terburuk dalam hubungan Amerika-Israel dalam beberapa dekad terakhir, dan media melaporkan bahawa Amerika mempertimbangkan langkah abstain dalam resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menentang perluasan pemukiman Yahudi Israel.

Biasanya Amerika selalu menghalang resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengkritik Israel.

Serangan roket

Kumpulan pejuang di Jaluran Gaza baru-baru ini meningkatkan serangan roket ke Israel. Sumber-sumber tentera mengatakan bahawa pada hari Rabu, mereka menembak satu roket ke lapangan di Israel selatan, namun tidak ada laporan mengenai korban atau kerosakan.

Bulan Disember 2008, angkatan bersenjata Israel melancarkan serangan 22 hari ke Semenanjung Gaza, mengebom bandar Palestin sebelum mengerahkan tentera Israel mengatakan ini adalah balasan atas serangan roket Hamas ke Israel selatan.

Setelah serangan itu, Hamas meningkatkan serangan roket ke bandar Israel yang terletak berdekatan Semenanjung Gaza sebelum kedua kubu menyepakati gencatan senjata.

BBC mengatakan Hamas cuba menghentikan serangan roket dari Gaza dan tahun lalu beberapa serangan memang berkurang.

Israel menegaskan keadaan itu merupakan hasil dari operasi tenteranya namun banyak kumpulan pejuang di Gaza dan tidak semua berada di bawah kawalan Hamas.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP