SAYA tidak dapat bayangkan berapa biji telur melayang hinggap ke dahi Rafizi dan moderator Dr Maszle Malek bila bertanyakan kepada Khairy yang dipersoalkan NFC melibatkan beratus ringgit tidak dihalang ke luar negeri tetapi pelajar tak bayar hutang disekat dekat airport.
Inillah akan berlaku dalam debat Khairy lawan Rafizi dianjurkan Sinar Harian, malam tadi sekiranya orang Melaka yang digelar Datuk A Samad Said sebagai negeri `Hang Samseng’ sedangkan dahulunya terkenal dengan Tamadun Melayu Melaka hadir dalam program tersebut.
Pelik juga rasanya Ketua Menteri Melaka yang tidak tahu rasa malu bila seorang tokoh Sasterawan Negara itu boleh kata; “Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng."
Gara-gara kuncu-kuncu Perkasa dan Umno yang mahu menyerang Samad dan Ambiga jika ke Melaka maka beliau dinasihatkan tidak pergi ke negeri itu.
Apa ke `haramjadah’ (meminjam kata Najib) manusia kelahiran Melaka. Orang boleh berdemokrasi secara gentleman dan baik tetapi mereka mahu berperang. Mereka inilah sebenarnya `kepala sakit’ yang merosakkan ketamadunan Melayu Melaka.
Sebagai orang Islam berakhlak. Berhujah lawan dengan hujah. Tunjukkan sikap jiwa besar yang boleh menerima pendapat. Bukan menjadi katak dibawah tempurung. Dihulur makan menganga mulut. Disuruh berfikir otak terkurung kerana sifat jumud dan taksub kepada Umno jadilah manusia buruk dan jahat yang mengubah nama baik negeri Melaka.
“Takkan Melayu hilang di dunia,” kata Hang Tuah tetapi sekarang sudah jadi “Samseng Melayu kerana Umno.”
Bagaimana seorang pemimpin di negeri yang dahulunya bertamadun boleh melahirkan rakyat yang amat geram dengan pemikiran baik. Rakyat yang tidak boleh tengok dengan manusia berusia emas masih ke sana ke mari memperjuangkan nasib negara dihancurkan Umno.
Kotor, jahat, buruknya nama baik Melaka hasil pemerintahan Umno. Ubahlah cari pemimpin yang mampu membentuk akhlak rakyat menjadi baik dan bertamadun.
Segelintir orang Melaka sekarang tidak bertamdun kerana Perkasa dan Umno. Mereka jadi jahat. Lapar mahu memukul orang tua dan orang yang buat baik. Mereka sudah jadi manusia hati batu. Hati keras yang tidak reti menilai mana baik dan mana jahat.
Siapa yang ajar? Umno. Ubahlah.
Berita berkaitan:
'Negeri Hang Tuah ada Hang Samseng'
Abdul Rahim Sabri 12:36PM Mei 23, 2012
WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.
Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".
"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.
"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negari Hang Tuah.
"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.
Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.
Dalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.
Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.
Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa.
"Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.
Selepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.
Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.
Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
PAS langkaui retorik.. DAP isytihar PAS musuh utama
-
*1. Perjuangan PAS langkaui segala batas retorik dan deklarasi *
Kandungan
-Prinsip Islam sebagai teras perjuangan. -Pentadbiran Negeri-negeri dengan ...
20 hours ago
0 comments:
Post a Comment