Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 6, 2012

Bob Kuman: Rahmat sakit sebelum meninggal

SAYA tidak sempat ziarah Bob Kuman yang meninggal pada 3 Mei lalu. Bagaimanapun saya percaya ada yang solat ghaib untuk Bob kerana mengenali beliau sebagai sahabat seperjuangan walaupun hayat beliau tidak sempat bersama pejuang gerakan Islam PAS.

Saya tidak kenal sangat Bob atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi. Walaupun kawan-kawan saya menceritakan siapa dia Bob sama ada penyanyi atau pelakon, saya tetap sukar mengenali beliau. Saya rasa macam bertukar antara wajahnya dengan wajah Bob Lokman dan artis sesaiz dengannaya.

Saya mula mengambil perhatian tentang beliau apabila beliau menceritakan tentang bapanya yang memberi sumbangan wakaf rumah kepada Pas untuk dijadikan pusat perjuangan parti itu kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Saya terfikir bapa Bob bukan calang orang. Bapanya memahami satu benih mengeluarkan tujuh tangkai. Bapa Bob tahu sedekah fisabilillah memberikan keuntungan pahala 700 kali ganda berbanding sedekah biasa, sedekah ke masjid atau lain-lain hanya 10 kali ganda.

Memberi wang menolong orang mahu berhutang mendapat 14 kali ganda. Monolong orang meminta untuk berhutang lebih baik daripada sedekah biasa kerana insan yang meminta hutang itu lebih berhajat atau keperluannya lebih penting daripada orang meminta sedekah.

Bagaianapun bersedekah kepada perjuangan mendapat saham 700 kali ganda kerana sumbangan itu boleh memberi manfaat kepada anak, cucu, cicit kita akan datang. Kerana sumbangan itu Pas mampu bergerak secara tersusun.

Adanya sumbangan rumah itu maka gerakan PAS boleh bermesyuarat, berbincang, mengatur dan menyusun kerja Islam, kerja kebajikan yang memberi nama baik kepada Islam dan macam-macam lagi kemudahan.

Apabila saya mengetahui Bob Kuman juga mahu bersama gerakan Islam maka ia adalah sahabat kita walaupun kita tidak ada kesempatan menemui beliau.

Bob sebelum pulang mengadap penciptanya sudah mula mendekati kembali dirinya kepada islam, Alhamdullilah.

Sebelum jatuh sakit, dalam satu perbualannya bersama Ustaz Azhar pernah menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama dalam gerakan Islam tetapi sentiasa ada halangan.

Alhamdullilah, niatnya itu sedikit sebanyak telah di izinkan Allah, sedikit demi sedikit beliau sudah mula berada di pentas Islam, menceritakan pengalamannya, untuk jadi iktibar buat semua.

Semuga Allah tempatkanya dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Allah SWT menyayangi Bob. Dia diberi sakit sebelum meninggal. Sakit rahmat yang memberi kesempatan kesedaran kepada Bob.

Betapa ramai yang mati tidak sepat bertaubat tetapi Bob diberi rahmat itu mungkin kerana hati dan jiwa kepada jamaah Islam hasil didikan bapanya. Inilah pentingnya suka kepada gerakan Islam.

Kalau mahu rahmat seperti itu jangan sekali-kali syirik dengan Allah SWT, hina undang-undang Islam, hina perjuangan Islam, terutama menulis kutuk dan hina PAS kerana PAS mahu menegakkan Islam.

Berita berkaitan:

Bob Kuman meninggal, disemadi di Rantau

Harakahdaily, 03 Mei 2012

PETALING JAYA, 3 Mei: Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi mengimamkan solat tersebut kira-kira jam 9.20 malam yang disertai lebih 200 jemaah.

Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam.

Bob Kuman disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini (sehingga jam 6.00 petang) jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

Sementara itu, waris terdekat Bob memberitahu jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.

Pada 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP