Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 4, 2012

Majlis baik tetapi mempunyai niat tidak baik

SAYA lupa mahu tanya Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin apakah NGO Tibai termasuk dalam 180 NGO Islam yang bekerjsama untuk menjayakan Majlis Istighasah pada 19 Mei.

Kita rasa dengan jawatan tertinggi Tibai dipanggil Mursyidul Am atau lebih manis Mursyidul Am Tibai maka elok benar NGO itu bersama Yadim dan NGO lain anjur majlis itu.

Sebuah nama yang besar pada orang Islam iaitu Mursyidul Am diganding dengan Tibai maka anda boleh bayangkan betapa kosongnya akhlak NGO Melayu Islam itu.

Saya hadir sidang media Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi tadi berhubung informasi Majlis Istighasah al-Kubra di Anjung C, Dataran Masjid Wilayah Persekutuan, mensasarkan 10 ribu pengunjung.

Saya diminta bersangka baik tetapi bila pertanyaan saya bilakan perbincangan kali pertama untuk menganjurkan majlis itu diadakan, sebaliknya dijawab Naib Yang Dipertua Yadim, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin bahawa beliau tidak ingat.

Katanya sebelum ini sudah lima kali mesyuarat diadakan untuk menjayakan majlis tersebut tetapi bila ditanya perbincangan kali pertama bila, Najmi berkata; “Saya tidak ingat, maaf ya.”

Anda bersangka baik tetapi jawapan menyembunyikan sesuatu.

Apakah Yadim takut bahawa program itu dituduh untuk menutup perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Dalam majlis sidang akhbar itu gambar program yang sama di Pekan Baru Riau pada April 2011 telah diwar-warkan.

Agaknya inilah hujah untuk menyatakan majlis yang akan dianjurkan pada 19 Mei itu merupakan kesinambungan dari Pekan Baru.

Namun anda kena tahu berapa orang Malaysia yang hadir di majlis itu? Hanya seramai 25 orang.

Walau anda tidak bersangka tetapi saya yang hadir dan tahu body language dibarisan depan sidang media itu maka pada saya majlis itu berselindung mahu menutup kelemahan kerajaan melalui program zikir.

Kita perlu faham bahawa setiap niat yang baik itu semestinya dengan perbuatan baik juga.

Sebagai contoh Khawarij telah keluar dari kelompok Saidina Ali. Mereka menggunakan slogan “tiada hukum melainkan hukum Allah” dalam menegakkan kebatilan mereka.

Ekoran itu, Saidina Ali berkata, “perkataan itu baik, tetapi yang dikehendaki disebaliknya adalah kebatilan”

Majlis itu baik tetapi yang dikehendaki disebaliknya adalah kebatilan.

Majlis yang baik untuk menutup tuntutan Bersih 3.0 supaya pilihan raya adil dan bersih.

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)

2. Reformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal

4. Akses Media Yang Bebas & Adil

5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari

6. Kukuhkan Institusi Awam

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor

Majlis Istighasah al-Kubra bunyinya baik tetapi sebenarnya hendak menutup kebaikan tuntutan Bersih 3.0 menutup kemungkaran BN mahu mengadakan pilihan raya kotor.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP