Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 10, 2012

Menteri sahkan pengerusi SPR ahli Umno

SAYA kesian dengan orang Umno terutama kawan siasah ditipu hidup-hidup oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengatakan beliau bukan ahli Umno.

Penafian pulak mengambil masa begitu lama untuk menjawab dakwaan Setiausaha PKR, Saifudin Nasution hingga menimbulkan pertanyaan apakah jawapan itu sebuah rancangan dan rekaan untuk selamatkan Abdul Aziz.

Namun segalanya terjawab apabila puak Umno pula menuduh Saifudin buat fitnah.

Saya rasa Saifudin buat kenyataan hanya mahu kepastian dan meminta Abdul Aziz menjawab sama ada benar atau tidak dakwaannya. Sebab ia menjadi kesalahan bagi jawatan tertinggi SPR itu merupakan ahli sebuah parti.

Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan mereka ahli Umno. Saifudin kemudiannya mendedahkan nama mereka dan cawangannya. Sebalikna mereka ini mengambil masa begitu lama untuk menjawab pendedahan Saifudin itu.

Sehingga kemudian muncul pengakuan nama yang dikatakan sama dengan nama mereka ini. Mereka kata isu itu ditutup. Kenapa tak ambil tindakan keatas Saifudin.

Bagaimanapun kali ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Abdul Aziz bukan lagi ahli Umno.

Kita mahu tahu bila dia buat surat perletakkan atau keluar Umno atau surat tu baru dicipta semalam untuk selamatkan jawatannya.

Saya anggap Abdul Aziz mungkin tidak bayar yuran tahunan maka keahlian Umno tidak aktif tetapi kawan saya memberitahu ahli Umno walaupun tidak membayar yuran tetap aktif.

Berita berkaitan:

Nazri: Pengerusi SPR bukan lagi ahli Umno
5:18PM Mei 9, 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kini bukan lagi ahli Umno.

Nazri berkata, Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit.

"Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno.

"Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali.

Mengulas lanjut, Nazri berkata Aziz (kiri) memberitahu beliau bahawa keahlian itu didaftarkan jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya.

"Yuran keahliannya dibayar ahli surau (tempat Aziz menetap pada masa itu)," katanya.

Hal itu bukan perkara asing malah turut berlaku pada dirinya sendiri sebelum ini, kata Nazri lagi.

"Saya jadi ahli kerana ayah saya mendaftarkan saya," katanya yang turut berjenaka bahawa ayahnya mungkin bertindak demikian kerana tidak mahu beliau menyertai DAP.

Menurutnya Nazri, beliau hanya mengetahui dirinya telahpun menjadi ahli Umno selepas cuba mendaftar untuk menyertai parti berkenaan, katanya lagi.

Isu keahlian dua pengerusi dan timbalan pengerusi SPR dalam Umno mencuri perhatian ramai apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution akhir bulan lalu mendakwa kedua-dua mereka merupakan ahli parti berkenaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kemudian menjelaskan bahawa Saifuddin mendedahkan keahlian individu lain dengan nama yang sama.

Wan Ahmad juga menafikan bahawa beliau merupakan seorang ahli Umno di Kelantan seperti didakwa Saifuddin.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP