Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 7, 2012

Majlis fatwa patut difatwakan tidak adil

PATUT juga Muzakarah Jawsatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia membincangkan ketidakadilan, penyelewengan, tidak jujur dan tidak amanah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya menganjurkan pilihan raya umum ke 13 akan datang secara adil dan jujur serta amanah.

Apakah majlis fatwa berani? Kalau tidak berani majlis fatwa patut difatwakan tidak adil. Ini kerana muzakarah yang dikatakan terdiri daripada orang alim itu tidak memahami kenapa berlaku perhimpunan Bersih 3.0.

Bersih 3.0 menuntut:

1. Bersihkan Senarai Undi (Daftar Pemilih)

2. Reformasikan Undi Pos

3. Gunakan Dakwat Kekal

4. Akses Media Yang Bebas & Adil

5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari

6. Kukuhkan Institusi Awam

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor

Apakah tuntutan itu tidak baik bagi pihak muzakarah? Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sampai sekarang masih berdegil untuk melaksanakan tuntutan rakyat itu?

Kalau hebat sangat majlis fatwa sila beri fatwa ini.

Berita berkaitan:

Fatwa: Haram sertai perhimpunan langgar undang-undang
6 Mei 2012

Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin
Abdul Shukor Husin

SEPANG - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita
sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP