Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 9, 2012

Allah SWT bagi ilmu kepada Majlis Fatwa untuk cegah mungkar

KITA pun hairan Majlis Fatwa, kenapa beria sangat mengeluarkan fatwa demontrasi. Selepas orang ramai keluar 300 ribu berhimpun di Kuala Lumpur pada 28 April lalu.

Mereka digelar ahli ilmu tetapi amat bengong untuk mencari kebenaran dan keadilan. Mereka tidak tahu apa yang utama dan kenapa berlaku demontrasi pada 28 April lalu. Saya rasa bukan mereka tidak tahu tetapi buat tidak tahu.

Kalau mereka buat tidak tahu bermakna mereka menutup kemungkaran. Mereka sembunyikan kemungkaran kerajaan BN. Mereka diamkan kemungkaran dan maksiat yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Apakah ini yang diajar Allah SWT kepada mereka setelah menjadi orang berilmu Islam. Allah SWT menyuruh mereka melakukan amal makruf nahi mungkar, menyeru kebaikan dan mencegah mungkar tetapi Majlis Fatwa hanya menyeru kebaikan tetapi tidak mencegah mungkar.

Apa lagi kemungkaran itu dibuat oleh kerajaan BN. Majlis Fatwa hanya membisu. Mereka menikus. Gaji mereka telah menutup dan menggelapkan hati mereka untuk menyatakan kebenaran.

Mereka duduk enak, makan mewah, tidur mewah langsung tidak terfikir para ulama terdahulu mempertahankan Islam daripada dirosakkan oleh golongan pemerintah.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Mereka tidak berani untuk berfatwa tentang kemungkaran yang secara terang dilakukan oleh pemerintah.

“Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” (at-tahrim: ayat 9)

Sudah jelas dalam ayat al-Quran disuruh kita bersikap keras terhadap golongan munafiq.

Mereka cukup jauh dengan sifat ulama muktabar terdahulu. Ulama terdahulu adalah golongan yang jujur dan tidak pernah terikat dengan penguasa. Mereka menyatakan yang benar.

Golongan salaful soleh ini lebih rela dipenjara dan diseksa daripada menjadi tali barut pemerintah yang salah. beberapa contoh boleh diberikan:

1. Imam Abu Hanifah diseksa dengan begitu teruk kerana enggan memegang jawatan Qadi dalam pemerintahan Bani Umayyah hinggakan akhirnya beliau dipaksa minum racun kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemerintah.

2. Imam Ahmad bin Hambal diseksa dan dirotan secara berterusan oleh kerajaan Abasiyyah supaya mempersetujui fahaman muktazilah tetapi dia enggan. Beliau hanya dibebaskan pada zaman pemerintahan almutawakkil.

3. Hatta Imam Ibnu Taimyyah juga dipejara kerana enggan berganjak menyatakan pendiriannya.

Sebenarnya banyak lagi ulama di zaman salaful soleh yang dipenjara dan diseksa oleh pemerintah kerana menyatakan yang benar tetapi tidak dinyatakan di sini. Mereka semua tidak pernah bersekongkol dengan pemerintah dan tidak mengiakan mereka.

Pemerintah boleh disokong sekiranya taat kepada Allah dan Rasul. Mengikut keadilan dan kebenaran. Selagi tidak mengikut keadilan dan kebenaran selagi itu pemerintah itu mungkar kerana keadilan dan kebenaran itu hanya dalam Islam.

Ambilah pengajatan daripada kata Abu Bakar, Khalifah Islam pertama; “Tiada salah seorang pun dari kalangan kamu yang meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali kaum itu akan dihinakan oleh Allah.

Tiada salah seorang pun dari kalangan kamu yang melakukan kejahatan dalam masyarakat melainkan mereka itu akan di timpa bala oleh Allah.

Taatkanlah aku selama mana aku melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan apabila aku tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya maka tiada lagi ketaatan kamu kepada aku…. Dirikanlah semua akan sembahyang semoga kamu dirahmati oleh Allah.

Amat malang pada zaman ini ada ulama yang mengaku mengikut Islam tetapi menjadi kuda tunggangan pemerintah.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP