Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 15, 2012

Melayu sukar berbeza pendapat dalam DAP?

TERPERANJAT juga dengan berita Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim keluar DAP walaupun sebelum itu sudah ada rentetan seolah kearah itu tetapi kepada kita ia mungkin perbezaan pandangan atau pendapat yang boleh diterima dalam parti itu.

Dan memang begitu pun dalam DAP kerana kita sering mendengar perselisihan pendapat namun tidak sampai kepada individu terbabit keluar parti.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan memuji Pensyarah Universiti Islam Malaysia, Dr Maszlee Malek dalam forum dianjurkan DAP mengatakan parti itu boleh menerima pelbagai pendapat.

Secara berseloroh, Maszlee berkata; “Kalau Pas berbeza pendapat, pecat!” sambil melihat kearah panel Ahli Parlimen Khalid Samad. Mungkin sinis beliau kepada pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

“Ya! Tak begitu..” sambung Maszlee bila dengar protes Khalid.

Maszlee membayangkan perbezaaan pendapat dalam DAP diraikan. Dan ini cukup baik sebagai parti yang boleh menerima pelbagai kaum. Walaupun Melayu dalam parti itu masih jauh minoriti berbanding India.

Pandangan beliau itu diucap dalam wacana "Melayu, Islam dan DAP" di Dewan Annex, Shah Alam petang Jumaat minggu lalu anjuran web DAP Roketkini.com.

Turut hadir sebagai panelis adalah setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari, Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan.

Karpal Singh dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, misalnya. Media melaporkan seolah Ramasamy akan keluar DAP tetapi hakikatnya tidak berlaku sedemikian.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen, P Gunasekaran dengan kepimpinan DAP Perak. Melihat kepada ribut antara mereka seolah ada antaranya akan cabut lari tinggalkan parti.

Namun realitinya mereka ini matang berpolitik. Walaupun berselisih pendapat tidak ada yang keluar parti kecuali apa yang terbaru berlaku terhadap Tunku Abdul Azizi. Apakah Abdul Aziz jiwa Melayu yang sukar menerima perbezaan pendapat.

Walaupun begitu DAP bukan baru memperolehi ahli parti seperti itu. Contohnya Wee Choo Keong yang menang di Wangsa Maju sebagai Ahli Parlimen pada 2008 semasa sertai PKR sebenarnya ahli DAP dan pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang dibawah DAP.

Kita tidak tahu sejauh mana perselisihan Abdul Aziz dengan DAP namun sebagaimana dimaklumkan beliau menyifatkan Bersih 3.0 menentang arahan mahkamah apabila mahu meneruskan berhimpun di Dataran Merdeka.

Kata beliau sebagai pihak penggubal undang-undang sepatutnya mengajar rakyat mematuhi undang-undang bukan menentang undang-undang.

Pendapat beliau itu ada betul dan perhimpunan Bersih 3.0 juga betul kerana Bersih 3.0 tidak menceroboh Dataran Merdeka tempat diarahkan mahkamah supaya tidak berhimpun.

Pandangan umum Tunku Abdul Aziz itu bersifat peribadi dan boleh diselesai dengan mudah tetapi kenapa harus Tunku Abdul Aziz keluar DAP?

Apakah perbezaan itu atau apakah ada tekanan dalaman. Mungkin Wee Choo Keong boleh memberitahu tetapi DAP telah meletakkan pengaruhnya sudah menjalar dalam masyarakat Melayu.

Masalah mungkin kepada individu tertentu bukan kepada dasar DAP. Kalau orang mempertikai dasar parti itu mereka tidak akan masuk DAP.

Bagaimanapun kita tetap hormat Tunku kerana beliau tidak menjadikan parti barang mainan dan jualan sebagaimana wakil rakyat lompat. Katanya; "Saya bukan katak." Inilah martabat beliau lebih mulia daripada wakil rakyat penjual prinsip.

Berita berkaitan:

Tunku Abdul Aziz keluar DAP
9:29PM Mei 14, 2012

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti.

Keputusannya itu yang diumumkan malam ini, adalah satu tamparan besar terhadap DAP ketika parti itu membuat persediaan untuk pilihan raya umum yang ramai meramalkan mungkin diadakan seawal bulan depan.

Beliau bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sepertimana khabar angin yang menyebut beliau akan menyertai Umno.

"Saya bukan katak," katanya.

Tunku Abdul Aziz sebelum ini tidak bersetuju dengan pendirian parti itu menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 - yang disertai kira-kira 200,000 yang turun membanjiri ibunegara bulan lalu bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis.

Menurutnya, disebabkan perselisihan pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, maka beliau memilih supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei, tidak adalah dilanjutkan.

"Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya," kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysiakini.

Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, beliau telah mencadangkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, supaya parti itu melaksana "prosedur tatatertib yang sama terhadapnya, sepertimana yang dikenakan ke atas ahli-ahli yang lain", ekoran tindakannya itu.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP