Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 17, 2012

Lebuh raya Kelantan di bina secara gotong royong

JARANG kita dengar kerana selalunya gotong royong bina masjid atau yang selalu dibuat orang hatta orang Umno sekali pun iaitu `bersih kubur'.

Sebaliknya kerajaan negeri Kelantan dapat merungkai lagi konsep gotong royong hingga membina sebuah lebuh raya.

Saya teringat bekas Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu suatu ketika pernah memperlekehkan Pas di Parlimen apabila ada wakil rakyat parti itu mengatakan mahu buat lebuh raya sendiri apabila kerajaan Pusat berdolak dalih mengenai lebuh raya pantai Timur yang tidak sampai ke Kelantan.

Kononnya Pas tidak ada jurutera kepakaran untuk membina lebuh raya bertaraf `A'. Itu cerita lama dan hari ini pemimpin Pas mengambil masa agak lama untuk mengkaji bagaimana sebauh lebuh raya boleh di bina di kelantan.

Jika royalti dibenarkan kepada Kelantan mungkin ia tidak menjadi masalah. Wang bukan perkara yang utama lagi tetapi dengan hak royalti Kelantan dinafikan maka sukar bagi kerajaan negeri memberi lebuh raya yang menelan berjuta ringgit.

Kelantan bukan sebuah negeri kaya sebelum penemuan gas dan petrolium. Namun sejak carigali ia merubah segalanya. Kelantan terikut senarai negeri yang mendapat hasil tinggi seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Sebaliknya hanya disebabkan Kelantan diperintah Pas maka royalti itu tidak diberi kepada yang berhak.

Terengganu memperolehi semula royalti selepas Pas kalah di situ. Nikmat yang turut sama dikecapi Sabah dan Sarawak hingga kini.

Namun apa yang peliknya ketiga negeri yang memperolehi royalti minyak itu tetap miskin sama taraf dengan Kelantan yang dinafikan royalti.

Malah dalam kerajaan Kelantan dinafikan royalti, mereka masih mampu mengumumkan akan membina lebuh raya sendiri.

Kerajaan Pusat menganaktirikan Kelantan. Tidak bagi royalti, sekat hak rakyat Kelantan dan bantuan perkapita dilengahkan tetapi masih mampu untuk membina projek mega tersebut.

Itu pemerintahan Pas dalam masa ditindas kerajaan pusat. Bagaimana kalau kerajaan Pas Kelantan dilayan secara adil oleh kerajaan Pusat seperti negeri-negeri dibawah Umno.

Saya rasa tentu Kelantan lebih kaya daripada tiga negeri tersebut. Inilah yang sering menjadi iaguan Umno.

Kenapa? Ini kerana mereka sudah gagal mengsonglap duit untuk kepentingan peribadi mereka untuk memperkayakan poket-poket mereka.

Projek dibawah kerajaan Umno yang sepatutnya bernilai juta menjadi billion. Komisyen bertapis-tapis. Setiap wakil rakyat Umno mahukan wang. Wang itu juga boleh ditabur jadi politik wang untuk menang dalam Umno dan pilihan raya.

Cuba tidak ada wang dalam Umno? Mana mereka ini boleh hidup. Beberapa sebab Umno Kelantan masih sampai sekarang belum mampu rampas Kelantan kerana wang yang banyak masih tak cukup untuk diagih kebawah.

Barangkali yang atas tu makan besar sangat. Jadi hak bawah diberi RM20 macam tahun-tahun 80an. Orang Umno bawah pun dah sedar dan mereka pun mahu makan besar juga. "Buat apa orang atas je makan besar aku makan kecil."

Di Terengganu taburan duit cukup besar. Wang Royalti di tukar jadi wang ehsan. Duit minyak itu ditabur jadi politik wang Umno Terengganu untuk rampas kembali negeri itu apabila jatuh kepada Pas pada 1999.

Kerajaan kelantan bukan banyak duit tetapi mampu mendidik rakyat bersama membangunkan Kelantan.

Kalau dahulu rakyat berduyun-duyun menghantar simen, pasir, batu dan lain-lain untuk membina masjid tetapi sekaragn sedekah jariah mereka diperluaskan lagi kepada pembinaan jalan raya.

Sekarang rakyat Kelantan sudah memasang niat sedekah untuk bina jalan raya kepada ibu bapa mereka yang sudah meninggal. Alangkah banyaknya jariah di Kelantan.

Apabila jalan itu siap nanti setiap kereta atau kenderaan melaluinya maka tiap kali itu juga pahala bertambah kepada ibu bapa mereka yang telah meninggal.

Bertuahnya ibu bapa yang mempunyai anak baik dan mengerjakan kebaikan untuk ibu bapanya. Tiga perkara yang sampai kepada mereka yang meninggal iaitu ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh dan sedekah yang berkekalan.

Berita berkaitan:

Pecah tanah projek lebuh raya Kelantan 28 Mei ini
Rizal Tahir, 16 Mei 2012

KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas disisih sejak Rancangan Malaysia (RMK) Ke-5, akhirnya kerajaan Kelantan memutus membina sendiri lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu membabitkan kos awal sebanyak RM500 juta.

Dan pada 28 Mei ini akan mencatat satu sejarah baru negara apabila majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya tersebut akan diadakan berhampiran Felcra Berangan Mek Nab, Machang.

Jajaran lebuhraya pertama di Kelantan itu akan melalui Hutan Lipur Bukit Bakau.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek sepanjang 33 kilometer tersebut dikendalikan Menta Contruction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.

Katanya, projek berkenaan akan dimulakan di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merupakan tanah milik kerajaan negeri.

(Gambar: Husam menunjukkan jajaran Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.)

“Projek itu dimulakan di seksyen III sebagai langkah untuk menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melakukan pengambilan balik tanah rakyat.

“Manakala jajaran bertingkat dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu ditangguhkan sementara bagi menjimatkan kos,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Selain itu katanya, kos pembinaan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan pendekatan gotong royong, di mana orang ramai yang berminat boleh menderma iaitu batu kuari, pasir dan sebagainya.

Kata Husam konsep gotong royong diperkenalkan bukan bererti kerajaan negeri tidak berkemampuan, sebaliknya bagi menanam semangat kerjasama di kalangan rakyat.

“Syarikat yang terbabit dengan aktiviti kuari di sepanjang lebuh raya akan juga memperolehi manfaat,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum ini orang ramai hanya terdedah menderma untuk pembinaan masjid dan madrasah sahaja, manakala derma bagi pembinaan jalan raya masih agak asing.

Beliau juga berharap syarikat yang terbabit dengan industri minyak di Kelantan juga dialu-alukan untuk menyumbang.

Katanya, projek lebuh raya berkenaan dijangka siap dalam tempoh lebih dua tahun selepas mengambil kira musim tengkujuh.

“Kerajaan negeri berhasrat menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis pecah tanah kerana beliau pernah menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya itu dalam RMK-9,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lebuh raya tersebut akan mempunyai laluan khas untuk binatang liar di sepanjang laluannya.

“Kerajaan negeri mengutamakan konsep mesra alam dan mengambil kira keperluan makhluk lain,” tambahnya.

Katanya juga apabila ia siap sepenuhnya, Kelantan menjadi negeri pertama membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP