Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 20, 2012

Ustaz Azizan perosak PAS, minta maaf la lembutkan hati tu

KERANA Ustaz Azizan rakyat melihat PAS kluk klek. PAS dakwa memperjuangkan Islam. Islam itu penuh keadilan. Bukan tokok tambah memburukan orang. Ini perangai orang Melayu yang ego bukan perangai orang Islam.

Kalau sudah bersalah mohon maaf sahaja. Kenapa mahu mempertahan keegoaan sebuah nama ustaz. Ini antara perangai-perangai ustaz yang banyak merosakan nama baik Islam, nama baik Nabi saw, nama baik sunnah. Menggunakan nas daripada sirah, hadis dan al-Quran untuk kepentingan dir bukan untuk perjuangan Islam.

Namun ok juga pemerintahan Ustaz Azizan berbanding Umno tetapi pemerintahan bukan satu cabang. Ia berkait semua kepada masyarakat. Dan PAS mahu membuat perubahan itu tetapi ia tersekat kerana tingkah laku Azizan.

Kalau rektor menggunakan Auku kenapa Azizan perlu pertahan. Sekurangnya Azizan perlu berlepas diri.

Nabi saw berlepas diri daripada tingkah laku zalim Khalid Ibnu Walid membunuh orang yang tidak sepatutnya dalam al-Quran semasa perang.

Rasulullah saw menadah kedua tangan beliau ke langit seraya berdoa; 'Ya Allah, aku berlepas diri kepadaMu dari apa yang diperbuat Khalid. Peristiwa ini berkenaan dengan tindakan Khalid ketika diutus oleh Rasulullah saw kepada suku Jadzimah, ternyata beliau melakukan serangkaian pembunuhan dan mengambil harta kekayaan secara syubhat.

Tindakan Khalid ini sangat bertentangan dengan perintah Rasulullah saw bahkan beliau sudah diperingatkan para sahabat agar tidak melakukan perbuatan itu. Akibatnya, Rasulullah pun pada akhirnya harus membayar diyat (denda) ke atas pembunuhan tersebut dan menjamin untuk mengembalikan harta mereka.

Khalid satu jemaah perjuamgan dengan Nabi saw tetapi rektor tu satu jemaah perjuangan ke dengan Azizan, yang Azizan dok pertahan habis-habisan.

Kalau bersalah minta maaf la Azizan. Nabi saw bukan sahaja meminta maaf bahkan membayar denda diatas kesalahan Khalid itu malah harta itu diganti semula.

Saya tidak cukup berkenan dengan komen mengampu pemimpin walaupun kita tahu pemimpin itu bersalah.

Sebab itu kita tidak boleh menarik golongan profesional Melayu yang mahu kepada Pakatan Rakyat sebaliknya mereka memilih DAP. Kenapa?

Komen Wan Adib Wan Roslan di Malaysiakini katanya; "Sekali lagi saya mohon ma'af, sekiranya kata2 saya ini x menyenangkan mana2 pihak. Saya akan berkata atas dasar, 'berkatalah benar walaupun ianya pahit'. Pd pandangan saya, be praktikal la. Nak buat demo/ptotes x salah. Tapi kena ke tak tuntutan kita tu?

Mmg la kita dlm Pakatan ni x setuju dgn akta itu. Begitu juga dgn kerajaan negeri Kedah dibawah MB datuk azizan. Tapi selagilah kerajaan skrg dibawah umno/bn, maka sudah tentu akta itu akan tetap berlaku diipta/ipts, walaupun ianya dinegeri bawah tadbiran Pakatan. Sbb ipta/ipts kan tertakluk dibawah seliaan kpt (kementerian pengajian tinggi).

Jadi, jgn perbesarkan lagi isu ini & bermain dgn sentimen yg x perlu. Kita ada lagi isu yg teramat besar utk kita hadapi, iaitu utk menukar kerajaan dlm PRU nnti. Jika kerajaan bertukar, semua yg anda semua x bersetuju skrg akan terhapus dgn sendirinya. So, jika betul anda (mahasiswa/siswi) semua serius x mau pd akta ini, sila gemblengkan tenaga anda semua utk pastikan semua warga kampus menyokong Pakatan.

Maka akan lebih dekat jadinya kita dgn Putrajaya. Tumpukan tenaga anda semua utk tukar kerajaan dlm PRU13 nnti, dari buat protes pd bnda yg x perlu. Sedangkan punca pd semua permasalahan adalah kerajaan skrg. Sekian...

Berita berkait:

Demo KUIN tuntut rektor dipecat
Leven Woon 9:18PM Feb 19, 2012

Seperti dijanjikan, sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan depan bangunan setiausaha kerajaan negeri Kedah di Alor Setar apabila menteri besar gagal memberikan respons terhadap permohonan maaf yang dituntut mereka.

kuin protest 190212Dalam perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, kira-kira 50 mahasiswa berkumpul sambil memegang kain rentang menuntut Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Jamil Osman dipecat.

Dalam terik matahari, mereka turut membawa potrait Jamil yang dikalungkan jambangan bunga - seperti dalam upacara kematian penganut bukan Islam.

Mereka menyalahkan Jamil ekoran penggantungan lima pelajar KUIN yang membantah pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Azizan yang juga pengerusi kolej milik kerajaan negeri itu dilaporkan mempertahankan tindakan universiti mengenakan tindakan disiplin bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996 yang mirip AUKU.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP