INGAT Anwar dan Umno, Qardhawi melarang lawatan non-Palestin ke al-Quds yang seolah member pengiktiran kepada Israel. Qardhawi menfatwakan larangan lawatan ke Baitulmaqaddis kerana ia semacam mengiktiraf rejim haram Israel.
Cuba anda fikir kalau buat lawatan ke situ diharamkan apa lagi yang urusan perdagangan dengan Israel. Jadi keputusan PBB iktiraf Israel yang juga diterima pakai oleh kerajaan Malaysia iaitu Umno dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipakai dan bertentangan dengan pendapat jumhur ulama.
Anwar dikatakan mahu ikiraf Israel tetapi dalam masa sama beri hak kepada rakyat Palestin. Pendapat Anwar sama dengan Umno, maklumlah dia dulu Umno.
Namun ia bertentangan sama sekali dengan pendapat tidak mengiktiraf rejim haram Israel yang dipegang oleh jumhur ulama, gerakan Islam dan PAS.
Rejim itu penjajah dan merampas tanah rakyat Palestin tetapi kenapa kita mahu iktiraf pihak yang merampas tanah rakyat Palestin.
Kita tahu Umno dan Anwar mengharap sangat sokongan Barat dan kewangan dari situ untuk mereka meneruskan agenda masing-masing.
Kita pun tahu Israel akan memperniagakan apa sahaja kepada Umno dan Anwar asalkan ia duit bagi Israel dan kepentingan Israel.
Kita pun tahu kalau ada yang berhujah Nabi saw pun berniaga dengan orang Yahudi.
Namun kita harus tahu ketika urusniaga dengan Yahudi itu mereka tidak mampu menjajah orang Islam. Sedangkan sekarang keuntungan urusniaga itu digunakan untuk menindas umat Islam Palestin.
Ketua Persatuan Ulama Islam Dunia, Syaikh Yusuf al-Qardhawi menegaskan haram hukumnya orang bukan Palestin mengunjungi al-Quds. Perkara tersebut kembali dinyatakan Qardhawi merespon seruan Presiden Palestin, Mahmud Abbas soal kunjungan orang Arab dan kaum muslimin ke al-Quds.
Beliau menegaskan fatwanya yang terdahulu; "Adalah hak bagi orang Palestin untuk masuk ke al-Quds sehendak mereka. Namun bagi orang non Palestin tidak boleh mereka masuk al-Quds.
Beliau menjelaskan bahawa larangan lawatan ini agar tidak memberi penghalalan kepada penjajah Israel. Kerana itu siapa yang melakukan lawatan bererti member pengiktirafan kepada entiti perampas tanah kaum muslimin dan terpaksa berurusan dengan kedutaan Israel untuk mendapatkan visa (masuk ke al-Quds) dari Israel.
Dari Doha, Qatar, Qardhawi menegaskan, "Sayugianya kita harus merasa bahawa kita dilarang masuk ke al-Quds dan sedang berperang untuk al-Quds sampai menjadi milik kita. Kita harus merasa bahawa tanggungjawab membebaskannya dan mengusir penceroboh Zionis dari sana adalah tanggungjawab seluruh umat Islam dan bukan hanya tanggungjawab rakyat Palestin sahaja.
Beliau menambah; "Tidak masuk akal kita meninggalkan orang Palestin bersendirian menghadapi negara Zionis yang mempunyai kemampuan ketenteraan besar."
Selanjutnya Qardhawi berkata; "Al-Quds tidak akan kembali kecuali dengan perang, jihad dan usaha bersungguh bansga Arab dan umat Islam."
Terutama dalam menghadapi penjajah Zionis Israel untuk mencegahnya mendekati masjid al-Aqsa.
Beliau menegaskan, masjid al-Aqsa adalah garis merah, kerana itu beliau memberi amaran kepada puak ekstrimis Zionis daripada penyerang masjid al-Aqsa dan berupaya memaksa realiti dengan berulang melakukan penyerbuan terhadap al-Aqsa.
Syaikh Qardhawi menyeru kepada kaum muslimin di Gaza, Tebing Barat, Mesir, Jordan, Syria dan semua yang ada di sekitar masjid al-Aqsa agar membela masjid tersebut dan mempersiapkan diri untuk mengusir penjajah Israel.
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: That the vocal YB Hassan Karim has been called up by
his own party’s disc...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment