MACAM-macam Nuar ni aku dah macam bertambah percaya dia tumbuk mata sendiri. Ingat sebelum ni pun dia dok cabut brek kereta tapi Nuar ni pandai dia tak naik kereta tu dan yang jadi mangsa drebar dia.
Lepas tu buat laporan polis... ramai yang beratur kat pejabat Peguam Negara nak mengaku: "Saya yang cabut brek tu tuan." Tapi Peguam Negara tak nampak-nampak. Nak buat macam mana? Jadi terpaksa Nuar mengaku dia cabut brek kereta dia untuk bunuh Nuar.
Anwar tak gentar dengan serangan di Sembrong
Nigel Aw 7:34AM Feb 21, 2012
Di sebalik taktik liar kerajaan BN untuk menakut-nakutkan pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menembusi kubu kuat mereka, Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.
Menceritakan pengalaman di mana keretanya diserang kepada kira-kira 1,000 hadirin dalam satu lagi ceramah di Gombak Setia malam semalam, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.
Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.
"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.
"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.
Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.
"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan... inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.
"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.
Anwar yang suatu ketika dahulu adalah juga timbalan presiden Umno berkata rakyat tidak harus diperbodohkan atau diperdayakan oleh parti itu. Sambil memetik senikata lagu Umno, beliau kemudian mendendangkan lagu itu: " Lambang kita yang gagah” sambil disambut gelak ketawa hadirin.
Dalam nada lebih serius, Umno, kata Anwar, boleh mengupah samseng untuk mengganggu majlis Pakatan ataupun membidas dan memburuk-burukkan beliau dalam media, tetapi katanya, beliau tetap tidak gentar dan tdak akan bertolak ansur.
Pada kejadian malam Ahad itu, selain kereta Anwar dipecahkan, kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang bermotosikal menggangu ceramah Pakatan di Sembrong dengan membuat bising serta merempit di kawasan sekitar.
Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.
Isnin lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Malah, Anwar terpaksa menaiki motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya.
Ceramah PKR diganggu lagi, kereta Anwar dipecahkan
Aidila Razak 8:19AM Feb 20, 2012
Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkena balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang dipercayai sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.
Menurut setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, ceramah Anwar pada jam 11.30 malam itu juga diganggu.
"Mereka juga membaling mercun di atas kepala anggota polis,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat PKR di Tropicana, Selangor, hari ini.
Pada kejadian itu, Saifuddin berkata penyokong Pakatan juga dilempar dengan mercun, telur dan botol. Selain itu, mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.
Beliau berkata "samseng yang dibayar" itu berusia kira-kira 15-18 tahun dan mereka kemudiannya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai "orang Umno".
"Satu laporan polis dibuat oleh pemimpin PKR tempatan di balai polis Kluang kira-kira jam 3 petang ini," katanya, sambil menambah bahawa PKR telah mendapatkan permit polis untuk acara tersebut.
Menurut Saifuddin, gangguan mula walaupun sebelum ketibaan Anwar, dengan kira-kira 50 hingga 80 orang yang bermotosikal membuat bising dengan merempit.
"Ia berterusan. Daripada sebelum Anwar tiba sehingga akhir ucapannya," katanya, sambil menambah bahawa Anwar terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta pengawal peribadinya untuk tujuan keselamatan.
"Adakah polis membenarkan kejadian seperti itu semata-mata untuk melindungi masa depan politik Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein di kawasannya Sembrong? Jika tidak, mengapa tidak mereka menghentikannya, atau mengapa tiada tangkapan dibuat?" soalnya.
Parlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.
Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.
Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.
Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.
Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.
Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.
Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: That the vocal YB Hassan Karim has been called up by
his own party’s disc...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment