Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 14, 2012

Sengsara air di potong di Pangsapuri Sri Maya

SAYA sebagai wakil penduduk Pangsapuri Sri Maya, Pandan Indah Industril Park, Pandan Indah, Ampang, ingin mengadu masalah yang dihadapi oleh kami, iaitu syarikat penyelengaraan di tempat kami.

Pagar kawasan yang rosak tidak dibaiki dan menyebabkan masalah kecurian sering berlaku di kawasan kami.

Masalah ganguan air kerana syarikat penyelengaraan tidak membayar bil tertunggak kepada syarikat bekalan air (Syabas).

Masalah bekalan elektrik di koridor dan tangga blok yang rosak dan sering dipotong oleh TNB.

Sampah dan tempat pembuangan sampah yang tidak terurus dan struktur dinding bangunan retak dan menyebabkan kulat di dinding rumah.

Sehingga kini penduduk di sini masih belum pasti dengan status hak milik rumah berikutan syarikat pemaju telah gulung tikar.

Kami penduduk yang sentiasa dalam dilema dan ketakutan berikutan perkara yang sering berlaku seperti diatas.

Seorang penduduk merungut, beliau terpaksa mengambil cuti tiap-tiap hari Khamis, gara-gara mahu menadah air. Beliau dikatakan akan bersalin dan dalam tempoh itu sudah tiga minggu beliau mengangkat air.

Beliau mendakwa itu semua kerana maintenance tidak dibayar kepada Syabas. Ada satu dua rumah yang tidak bayar tetapi kesannya `main pipe’ kena potong dengan syabas.

Berkenaan maintenance, sejak akhir ini memang buat hal. Yang beliau bengang, ada satu rumah yang tidak bayar maintenance dan air dari tahun 2004 dan bilnya dah beribu tapi dia orang tidak potong pulak, supply kat rumah itu.

Bila sekarang dia orang tidak bayar kepada Syabas, dia orang salahkan rumah itu padahal dia boleh urus awal-awal lagi. Minta tolong sangat ada yang bantu. Kita orang semua dah tak ada air.

Beliau akan bawa perkara ini kepada pengerusi persatuan penduduk. Dia orang pun mintak aku tolong cari sesiapa yang boleh ketengahkan hal ni.

Oleh Muhammad Fitri Abdullah

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP