Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 13, 2012

Bunting anak Karpal di Valentine's Day

INILAH prinsip PAS yang menjadi gerun oleh musuh dan kawan. PAS berkawan atau bekerjasama dengan pihak lain tetapi dalam soal prinsip, PAS tidak tergadai.

Kalau DAP mahu beli dengan harta sekalipun atau ancaman, PAS tetap dengan pendirian mempertahankan yang hak, kebenaran, keadilan dan hukum. Orang tidak nampak apa adilnya menentang Hari Kekasih?

Sekali imbas memang betul tetapi hari kekasih itulah yang menyebabkan berlaku penzinaan. Maka ia tidak adil bagi hawa apabila nanti golongan itu termengandung dan terpaksa menanggung malu keseorangan sedangkan si lelaki hilang entah ke mana. Apakah itu adil?

Siapa yang mengandungkan perempuan itu? Sudah tentu orang seperti pemikiran Karpal. Bebas, Hari Kekasih diraikan dengan kebebasan sehingga boleh melakukan zina. Kerana apa?

Berzina kerana meraikan Hari Kekasih. Itu pandangan umum, sedangkan hakikatnya ia adalah perayaan agama Kristian.

Tengok munasabah atau tidak Valentine’s Day disambut sebagai hari kekasih.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.

Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya.

Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan penjara di samping membantu tawanan penjara melepaskan diri dari penjara.

Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganutnya.

Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia.

Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam.

Hakikatnya, adalah tidak boleh orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang Kristian.

Allah SWT berfirman: "Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami."

Jadi karpal harus mengerti kecuali agama yang tidak ada prinsip sahaja boleh menerima ajaran agama lain kepada agama dia.

Islam itu kuat kerana dia ada hukum tersendiri dan sesuai dengan keadaan zaman dan masyarakat supaya keturunan masyarkat terpelihara.

Karpal, dia tidak menjaga nasab atau keturunan. Itu hak dia. Dia lahir anak-anak yang tidak berbapa sekalipun itu hak dia kalau agama dia macam tu.

Tetapi Islam tidak begitu. Islam suci dan terpelihara maka orang perempuan juga terpelihara dan suci.

PAS tegas tentang umat Islam sambut hari Valentine
7:59AM Feb 13, 2012

PAS tetap dengan pendirian menentang umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day), kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

hadi awang pc 060609 02Beliau dipetik Bernama sebagai berkata PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Klang petang semalam.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.

Cegah kemungkaran

muktamar pas youth 020611 nik abduhDAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.

Sementara itu, timbalan ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz (kanan) di laman sosial Facebooknya menyelar Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian parti Islam itu yang menentang sambutan Hari Kekasih.

Katanya, keputusan itu bukan hanya pendirian PAS, tetapi juga adalah pendirian semua umat Islam.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah.

valentines day 200209 01“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam,” katanya.

7 Februari lalu Pemuda PAS menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk menyiarkan iklan anti sambutan bagi mencegah umat Islam menyambutnya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP