Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 16, 2012

Banyaknya Umno buat laporan polis, PAS sesat

ADA pengomen di Facebook Perantau Anak Tranung, Zulkarnain Endut, berkata Mat Said (Datuk Seri Ahmad Said) ni macam citer buaya hok kena timpa balak.

Waktu balak atas belakang, mintak tolong nge kerbau...lepas kerbau tolong buang balak, dia kekoh kaki kerbau. Tu...dulu, time dia xdok pengaruh nok lawan Idris Jusoh, dia wat baik nge PAS. Bila pengaruh dia kuat gok, dia hentam PAS....opportunist.

Dahulu Mat Said kata Umno perlu contohi PAS tapi sekarang dia kata PAS, parti ajaran sesat'.

Nok tanya gok Mat Said, bunyi kata Ayah Pin dah balik Besut. Tadok orang gi tangkap ke? Ada yang melaporkan kepulangan semula Ayah Pin di Besut. Dia dikatakan telah lari dan bersembunyi di Selatan Thailand telah kembali bersama pengikutnya di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Besut.

Kalu doh Mat Said berkeras kata PAS, parti ajaran sesat. Sebaiknya Umno buat laporan polis. Nok sedap lagi buat laporan ke pejabat agama Islam. Biar diharamkan PAS kerana PAS, sesat.

Tapi tadok sorang pun Umno buat laporan. Apakah mereka tahu Mat Said tak betul. Yeh takat hari ni belum ada lagi terdengar laporan Umno buat laporan polis supaya PAS diharamkan kerana sesat.

Apakah Mat Said tadok pengaruh. Barangkali kalu orang kuat Perkasa, Datuk Ibrahim Ali kata gitu, ramai doh hok duduk balai polis sampai tok cukup kertas. Tapi Ibrahim Ali pun sedar dia pernah menumpang parti sesat nok menang pilihan raya umum lalu.

Ibrahim Ali tak nak tolong PAS ke bagi nasihatkan sikit Mat Said tu. Bagi la budi sikit kat PAS Ibrahim Ali. Takkan tak ingat masa boleh menang Mac 2008 dahulu.

Tuduh PAS sesat melampau, karut - Nik Aziz

Rizal Tahir, 16 Feb 2012

KOTA BHARU, 16 Feb: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tuduhan terhadap PAS sebagai parti ajaran sesat sebagai melampau.

Menurutnya, tuduhan terdesak itu amat tidak wajar memandangkan semakin ramai menyertai PAS.

(Gambar: Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan cek skim takaful khairat kematian kepada wasi peserta Ladang Rakyat.)

“Andainya PAS sebuah parti ajaran sesat, sudah tentu tak ada orang pun yang nak sertai PAS apa lagi golongan cerdik pandai pelbagai bidang sekarang ini semakin ramai memberi sokongan pada PAS,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Minggu lalu, Ahmad pada satu majlis di Dun Kijal, Kemaman mendakwa PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Menurut Tuan Guru lagi, ahli PAS kini bukan hanya terdiri masyarakat kampung sahaja, sebaliknya golongan professional pelbagai peringkat.

“Jadi macam mana boleh dakwa PAS parti ajaran sesat, mengarut semuanya, yang sebenarnya bukan PAS bawa ajaran sesat, sebaliknya dia (Umno).

“Bayangkanlah waktu jual tiket loteri Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu, wang judi tu dibina buat masjid, boleh dia (Umno) berfikir begitu, jadi siapa yang sesat sebenarnya,” ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP