Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 9, 2012

Konspirasi makan kawan

INI yang sukar nak percaya dengan Umno dan orang Umno. Kawan pun boleh dijadikan mangsa untuk konspirasi mereka. Makin banyak persoalan makin banyak menunjukkan kejadian staf Siasah dipukul di Seksyen 2, Bangi pada 31 Januari lalu mula terdedah.

Sebaik kawan saya menghubungi saya memberitahu beliau dipukul orang PAS kerana mengedar Siasah yang banyak story Datuk Dr Hasan Ali secara percuma di program ceramah Hasan Ali di situ.

Pada esoknya, 1 Februari saya meminta seseorang menghubungi Yang Dipertua PAS Kawasan Bangi, Shafie Ngah supaya menyiasat siapa orang PAS yang memukul kawan saya.

Pada awalnya Shafie meminta saya memberi gambaran kejadian dan rupa orang yang memukul kawan saya itu.

Sebaliknya saya tidak boleh berbuat demikian kerana kawan saya pun tidak cam orang yang memukul beliau.

Lalu saya katakan kepada Shafie ini soal maruah orang. Ikut Qisas yang diperjuangkan PAS, bunuh balas bunuh, pukul balas pukul. Jadi saya mahu PAS bertanggungjawab. Saya bagi PAS Bangi tempoh beberapa hari.

Shafie Ngah berkata bagi menjaga nama baik PAS, beliau akan menyiasat cawangan PAS atau sumber polis serta masyarakat sekitar untuk mengenal pasti siapa orang PAS yang memukul kawan saya itu.

Pada hari Jumaat, 3 Februari, Shafie memberitahu daripada siasatannya, tidak ada orang PAS pukul orang pada malam ceramah Hasan Ali.

Beliau kesal mungkin ada tuduhan mahu memburukan PAS Bangi.

Saya bertanya beberapa kawan dan diberitahu orang PKR yang pukul.

Bercanggah dengan kenyataan kawan saya kena pukul yang mengatakan orang yang pukul itu kata dia orang PAS.

Ada pula yang kata kumpulan SAM. Apakah group Solidariti Anak Malaysia? Kalau geng Cikgu Bab, apa ke halnya dia pi dengar ceramah Hasan Ali. Ke semata-mata nak buat kacau.

Jangan main-main la. Saya kalau nak hubungi Cikgu Bab pun boleh. Adakah orang dia buat hal di majlis ceramah Hasan Ali.

Satu lagi yang pelik kenapa ada halangan bila ada yang cadang buat repot polis.

Jadi faktor ini menampakkan ada konspirasi. Konspirasi yang sanggup memangsakan kawan sendiri. Apa makna bila ada yang sebut miss komunikasion?

Sebab itu jangan percaya dengan Umno.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP