KENAPA wakil rakyat terutama tok wakil Melayu terkongkong dengan KBSM? Apa dia KBSM? Dikatakan arwah Ustaz Fadzil Mond Noor pun tidak terlepas daripada KBSM walaupun menghadapi saat genting untuk membentangkan perbahasan selaku Ketua Pembangkang.
Orang sepenting Ustaz Fadzil ketika itu perlu diberi penerangan oleh tink tank beliau tetapi beliau terpaksa berpatah balik ke Kedah kerana kenduri kahwin di kawasan beliau. Jahat tak KBSM? Betul ke dia jahat atau kegagalan tok wakil mengwujudkan pengurusan di kawasan beliau sehingga berlaku kongkongan KBSM? Apakah KBSM?
Pada kebiasaannya wakil rakyat yang ada kelapangan tidak akan terlepas KBSM. Selain itu wakil rakyat yang menjaga KBSM akan dilihat lebih sporting atau mesra rakyat.
Orang kampung kalau buat kenduri kahwin atau apa kenduri, bila kendurinya dihadiri tok wakil dia akan rasa dirinya dihargai. Terasa kendurinya megah. Orang kampung akan bercakap kenduri rumah si anu, tok wakil datang.
Perangai orang Melayu yang suka menunjuk dan berbangga. Apa sebab berlaku demikian? Ini kerana tidak ada keilmuan Islam. Kalau ada keilmuan Islam tidak akan wujud riak. Dia akan riak bila kenduri dihadiri orang besar-besar, kaya raya, hebat-hebat.
Dia tidak akan berasa bangga kalau kendurinya dihadiri orang miskin, anak yatim, papa kedana, selekeh dan segala yang tak comel dan elok.
Ini sifat riak kerana apa? Kerana tidak mengaji keilmuan Islam.
Masih belum faham, apa itu KBSM?
Ok saya bagi tahu KBSM ialah Kenduri atau Kahwin, Beranak, Sakit dan Mati.
Tol Wakil cukup jaga benda ni. Tetapi ada setengah cukup benci benda ni. Malah ada Tok Wakil sampai takut benda ni.
KBSM disuarakan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pagi tadi di sebuah hotel dalam wacana anjuran Kami.
Namun bagi saya, bukan soal tok wakil perlu takut benda KBSM kalau tok wakil pandai mengurus.
Cuma masalah tok wakil tidak percaya kepada orang kepercayaannya. Takut orang kepercayaannya yang diurus di situ lebih disukai rakyat di kwasan tok wail itu. Akhirnya Tok wakil hilang kerusi an disapu oleh wakil kepada tok wakil. Kes Naya.
Seperti kata Abdul Rahman banyak Napoleon. Ya! memang banyak Napoleon dalam politik dan masing-masing tidak mempercayai orang sebelahnya kanan atau kiri.
Orang kepercayaannya yang diminta jaga kawsan yang dimenangi tok wakil boleh makan pagar. Inilah yang tok wakil dok bimbang. Kerana itu tidak ada keberkesanan dalam politik.
Sebenarnya ia mudah, semudah ABC tetapi ni melibatkan soal kepercayaan maka ia jadi payah dan sengaja dipayahkan. Tok wakil sendiri tidak percaya dengan orang kepercayaan bagi menjaga kawasannya semasa ketiadaannya atau kesibukannya.
Wakil ini boleh menyampaikan pesan dari tok wakil atau salam daripada tok wakil kerana tidak dapat hadir. Wakil boleh bercakap semasa hadirin tengah ramai. Tolong sampaikan.
Wakil kepada Tok wakil yang baik dan dipercayai maka selamatlah plitik tok wakil. Dia akan menjalan amanah tok wakilnya. Dia akan memberitahu hadirin bahawa tok wakilnya kirim salam dan minta maaf tak dapat hadir kerana ada sidang atau perbincangan yang lebih penting daripada majlis kita. Mudah, bukan?
Kenapa tidak semudah itu? Sebab wakil kepada tok wakil tidak amanah dan sentiasa mencari peluang menaikkan populariti diatas kesibukan tok wakilnya. Kata orang, cari peluang atau ambil kesempatan. Kesempatan ini semacam tikam kawan. Tapi ini politik.
Kalau wakil kepada tok wakil baik orangnya tetapi ada juga masalah apabila tok wakil tidak percaya kepada wakilnya yang baik. Jadi tok wakil akan menyusahkan diri tetap bergelumang dengan KBSM.
Lepas itu dia mengadu, mengeluh susah jadi tok wakil nak kena layan KBSM. tidak kira masa dan saat. Kenapa dia jadi begitu?
Kerana dia tidak pandai mengurus. dia tidak percaya kepada wakil yang baik itu. Maknanya dia tidak mempercayai wakilnya.
Setekat ni leteran politik kali ini untuk mengulas apa yang saya dengar bpagi tadi. Jadilah orang bijak mengurus bukan menyalahkan KBSM.
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: That the vocal YB Hassan Karim has been called up by
his own party’s disc...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment