Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 24, 2012

Demo tuntut ambil tindakan tegas keatas tentera Amerika bakar al-Quran

DEWAN Pemuda PAS Pusat bersama umat Islam berdemo depan Kedutaan Amerika Syarikat mendesak negara itu mengambil tindakan terhadap tenteranya di Afghanistan yang membakar al-Quran kerana permohonan maaf sahaja tidak cukup.

Turut bersama Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) bersama 500 orang berarak dari Bangunan Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, turut menggesa Amerika memberi jaminan supaya perkara itu tidak berulang.

Mereka melaung slogan anti-AS dan Yahudi, berselawat dan bertakbir sambil membawa kain rentang dan poster tertulis "Respect our Quran" (hormati al-Quran kami) dan "Damn You US Army (Jahanam kamu Tentera AS).

Pada 21 Februari lalu, tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan.

Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasarudin Hasan, kesal dengan kerajaan Amerika Syarikat yang tidak mengambil tindakan atau inisiatif untuk menghalang kejadian ini berterusan.

Dewan Pemuda PAS melihat Presiden Obama tidak serius dalam memulihkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Amerika Syarikat khususnya dan dunia amnya," memorandum itu dipetik.

Memorandum cuba disampaikan sendiri oleh Nasrudin bersama tiga lagi pemimpin Pemuda PAS kepada ketua keselamatan kedutaan Amerika kira-kira jam 2.40 petang.

Nasrudin bagaimanapun mendakwa duta negara itu di sini enggan menerima memorandum tersebut.

“Ini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini melalui paderi dan orang tertentu yang mengancam untuk membakar al-Quran kononnya untuk memperingati peristiwa 11 September.

"Mereka menganggap al-Quran menganjurkan peperangan dan jenayah, sebenarnya tanggapan itu salah, tidak benar dan keterlaluan.

"Mereka tidak memanggil ulama Islam untuk berbincang," ujarnya dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Jumaat lalu.

Katanya, tentera Amerika itu tidak menghormati al-Quran, bahkan umat Islam tidak pernah bertindak untuk membakar Injil, kitab suci penganut Kristian.

Pada 2010, Gereja Florida telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.

Al-Quran pada waktu itu telah direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP