Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 17, 2011

Rakyat mahu dengar Sultan Selangor bagi kuliah

KALAU orang alian semua tak betul apa kata kita sebagai rakyat Selangor yang dahagakan ilmu di masjid dan surau, kita mahu Sultan Selangor sendiri bagi kuliah. Amacam setuju tak?

Ini bukan pendapat saya tetapi sahabat kita Muhammad Rafaei…. Rasa macam kenal kawan saya nama Rafaei juga tetapi Ahmad Rafaei.

Kata beliau teringin nak tgk SULTAN SELANGOR sendiri bg ceramah, kuliah atau mengajar agama sbb sultan adalah ketua agama islam.pemimpin islam..betul tak?

apa slhnya org politik bg ceramah? kbyknya org2 politik dr PAS ramai yg berkelulusan agama..mcm ni..minta paderi atau rusmah jelah yg bg ceramah kalau org politik berpendidikan agama dihalang..tindakan ini sgt mengecewakan..

Beliau mengulas laporan Malaysiakini Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS.

Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik.

Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik".

"Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri.

"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan.

"Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan.

Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik.

Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

"Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau.

"Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah.

"Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya.

Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman.

Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan.

"Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam.

"Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya.

Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

4 comments:

Anonymous,  September 18, 2011 at 11:26 AM  

Saya setuju, sebagai ketua agama tentu hebat ilmunya!Rakyat nak tengok contoh teladan bagaimana mengajar agama yg sebenarnya dari seorang ketua agama.Teringat almarhum Sultan Johor yang pernah berkhutbah dulu...

Nazaruddin si Hamba Allah September 18, 2011 at 12:08 PM  

Saya setuju sangat tu. Mintak dia ajar bab munakahat dan berhadas sudah ler dulu sebab tu Fardhu Ain. Kalau tak boleh, tukar saja lah negeri Selangor ni jadi Selangor Darul JAIS.

maie1958 September 18, 2011 at 12:48 PM  

aku pun nak tengok sama bagaimana ketua agama islam selangor mengajar agama dimasjid2 dan disuaru2 kalau orang lain semua tak betul dan tak pandai agama..silakan most welcome...

azman kamarul September 19, 2011 at 12:18 AM  

Salam. Saya setuju 100% bukan saja Ketua Agama Negeri tetaqpi juga mana-mana individu yang berperangai seperti itu tolong lah mengajar kat masjid dan surau-surau.
Mudah-mudahan mereka ini tidak tergolong ke dalam golongan yang menghalang pengajaran agama Islam...na'uzubillah.

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP