Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 7, 2011

Dr Asri baru tahu ramai murtad

DR Mohd Asri Zainal Abidin agak marah sehingga sanggup berkata; “Jangan hairan jika ramai orang murtad… kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama." Ketika mengulas Ahli Parlimen Shah Alam didakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kalau Dr Asri boleh memahami baguslah kerana itulah yang diperjuangkan oleh Pas selama ini. Bukan soal nak memurtadkan orang tetapi turut kata orang itu boleh murtad bila menghina undang-undang Islam. Malah setengah berpendapat agama suku politik suku.

Pas sebagai jemaah Islam menjadi tanggungjawab membetulkan fahaman salah yang memperlekehkan Islam. Pendapat politik tidak ada dalam Islam atau politik lain agama hal lain ternyata memperlekehkan ilmu Allah yang mencipta manusia.

Apakah Allah SWT tidak tahu hal politik? Hingga perkara politik tidak ada dalam Islam.
Kemarahan Asri itu makin mengiyakan apa yang diperjuangkan Pas. Cuma menunggu bila lagi para ulama mahu bersama dalam jemaah Islam yang syumul kerana Nabi berpesan umat Islam hendaklah sertai jemaah Islam. Jika tidak ada maka asingkan diri walaupun makan daun kayu.

Berita berikut:

Dr Asri kecam tindakan Jais

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP