Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 11, 2011

Prof Zainal dan Khoo boleh tanggal

Mohamad Sabu sudah boleh rehat kerana Prof Datuk Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sudah bagi bola tanggung.

Malah kedua Prof ini dijangka tidak selamat anugerah profnya apabila mengeluarkan kenyataan yang amat mengampu Umno tetapi salah langkah.

Kenyataannya menyatakan Malaysia tidak dijajah menjadi bola tanggung yang cukup perit untuk dibalas oleh Umno hingga Najib terpaksa membuat kenyataan memberi amaran kepada mereka yang cuba nak ubah sejarah.

Beliau beri amaran supaya jangan ada mana-mana pihak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.

Sebelum itu, Prof Zainal membuat kenyataan katanya berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Hasil daripada kenyataan beliau itu, Zainal mendapat kecaman lebih 100 ribu pembaca tidak sampai dalam tempoh sehari. Hampir menyamai survey Najib tidak popular.

Kata Zainal: "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya 9 September lalu.

Sebelum itu juga Khoo turut membuat kenyataan yang sama.

Pada 6 September lalu, PAS menggesa Putrajaya agar membentuk sebuah jawatankuasa Kabinet untuk meneliti semula fakta sejarah berkaitan perjuangan kemerdekaan di sebalik kontroversi ekoran kenyataan timbalan presidennya Mohamad Sabu, bulan lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Umno telah berbohong apabila melabelkan Muhammad Indera yang turut dikenali sebagai “Mat Indera”, seorang anggota komunis - antara individu terbabit dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 — turut diperakui oleh kerajaan negeri Johor menerusi buku berjudul Pengukir Nama Johor.

“Jika beliau ikhlas, Najib boleh mengadakan sebuah jawatankuasa Kabinet untuk menulis semula sejarah kemerdekaan,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula.

Mustafa menambah, sejarah negara perlu diteliti semula memandangkan versi rasmi hanya mengiktiraf Umno sebagai pejuang kemerdekaan.

“Perjuangan mendapatkan kemerdekaan tidak bermula dengan Umno... yang menentang British ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),” katanya.

Mustafa berkata PKMM ditubuhkan pada 1945 sedangkan Umno dibentuk setahun kemudian.

Beliau bagaimanapun mengakui peranan pemimpin-pemimpin Umno dalam perjuangan kemerdekaan sambil berkata pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengambil pendekatan kerjasama dengan menjadi pegawai pentadbiran British.

“Bagaimanapun sejarah telah dilarikan apabila dikatakan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah Umno. Ia tidak betul. Jangan menafikan pejuangan lain yang dimulakan oleh PKMM,” kata Mustafa lagi.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP