SAYA sempat ziarah keluarga jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor yang mati tertembak di Somolia ketika membuat kerja liputan membantu mangsa kelaparan akibat perang, tengahari semalam.
Bila saya lihat ibu bapanya serta mendengar beliau bukan kali pertama membuat kerja merbahaya seumpama itu malah pernah ke Palestin, jadi saya rasa beliau seorang yang dipilih Allah SWT.
Kenapa tidak Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Kelab Putera 1Malaysia, penganjur misi kemanusiaan ke Somalia atau mana-mana ahli kelab tersebut.
Jadi kematian itu bukan kematian biasa. Ia ada makam tersendiri. Dan ia bukan mudah untuk dinikmati oleh ahli kelab seumpama itu.
Soal ada saudara Faizul untuk saman itu hak dia. Mungkin kerana kelab tersebut lalai memberikan keselamtan yang terbaik.
Ini kerana faizul mengikuti misi kemanusiaan ke Somolia bukan untuk pergi berperang. Jadi SOP mesti dititik beratkan.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.
Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.
Sementara keluarga Noramfaizul menyifatkan kematian Allahyarham sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa berkhidmat untuk umat Islam sedunia.
Ibunya, Naemah Abd Majid berkata, gelaran wira negara wajar diberikan kepada anak sulung daripada enam adik-beradik itu kerana khidmatnya di Somalia berbentuk misi kemanusiaan.
“Sepatutnya (dianggap wira negara), baguslah, Noramfaizul berkhidmat untuk negara dan kerana Allah. Noramfaizul amat dedikasi terhadap tugasnya sebagai jurukamera selama ini yang sanggup mengetepikan apa sahaja hatta keluarganya untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai jurukamera.
“Walaupun (kami sekeluarga) bersedih dengan pemergiannya, kami bersyukur kerana Noramfaizul pergi dalam syahid, insya-Allah,” kata Naemah kepada pemberita.
Masih bersedih, Naemah bagaimanapun berkata beliau bersyukur dengan pemergian Noramfaizul kerana masih sempat menatap wajah anaknya buat kali terakhir.
“Saya sempat menyaksikan dan mencium wajahnya walaupun Noramfaizal sejuk kaku (di situ).
“Mak cik sayang anak dan bertambah cantik wajahnya walaupun telah dikembumikan,” katanya.
Sementara itu bapanya, Mohd Nor Mat Yasin berkata, Noramfaizul tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu.
“Beliau juga sempat menelefon kami sekeluarga pada malam raya dan memberitahu keadaannya yang baik semasa di sana,” katanya.
Noramfaizul, 39, yang terkorban ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
14 hours ago
0 comments:
Post a Comment