KAWAN kita dari facebook Kekanda Qazwin, menceritakan; “MAAF, Baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.''
Katanya lagi; “Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit….”
Cuba bayangkan suatu hari, satu suara berkata kepada kita,
''MAAF, Pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga.”
Idea beliau amat baik dan mengejutkan keheningan kita. Saya suka dan mahu berkongsi dengan kawan-kawan blog.
Semoga ia menginsafkan kita daripada melakukan kejahatan fitnah kepada orang lain, membunuh, rasuah, mengunggut dengan undang-undang zalim ISA, OSA, akta polis dan lain-lain serta menzalimi orang lain.
Beliau menambah; “...di sana ada gedung yang terdapat ramai bidadari, di sana juga ada azab yang sangat pedih! ...manakah tempatmu?''
''Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.'' (Al-A'laa:17)
Apa komen sahabat kita:
Lin Salsabil: perumpamaan yg bijak :)
Rustam Effendi Nd: Syukron kerana TAZKIRAHkan ana.
Norhaslina Hassan: Cantik olahan perumpamaan itu...
Jaafar Mamat Kia: شكرا
Zafrul biarlah dia pakai baju warna apa pun
-
*SESUDAH SUBUH *
ISU perletakan jawatan Menteri Ekonomi oleh *Rafizi Rami* setelah kalah
kepada *Nurul Izzah Anwar* dijawatan timbalan presiden Keadilan,...
4 days ago
0 comments:
Post a Comment