Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 10, 2011

Satu terbunuh dalam demontrasi Bersih 2.0

Baharuddin Ahmad, 58 meninggal dunia di hospital Kuala Lumpur dikatakan pengsan semasa berdemontrasi aman di KLCC. Beliau dikatakan lemas dengan gas pemedih mata. (Gambar: Tiga anak Baharuddin merenjis air di puasara)

Terdapat sumber mengatakan pihak polis bertindak ganas keatas Baharuddin. Saksi yang melihat kejadian mengatakan pihak polis menyepak Baharuddin yang dalam keadaan tercungap akibat gas pemediah mata.

Sementara itu, maklumat lain memberitahu punca kematian Baharuddin kemungkinan asakan kuat ke dada beliau.

Bagaimanapun siasatan mesti dilakukan dan saksi perlu tampil mendedahkan kejadiana tesrebut.

Sementara itu: Abang kepada Baharuddin Ahmad, seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semalam, mempersalahkan kematian mangsa adalah akibat sikap “kejam” pihak polis.

Kassim Ahmad, 72, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Baharuddin mati kerana polis tidak memberikannya bantuan perubatan dengan segera sebaik sahaja Allahyarham pengsan akibat terkena air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

“(Mereka) ada meminta polis agar membantu menghantar dia ke hospital tetapi mereka enggan. Jadi mereka menunggu satu setengah jam sebelum sebuah van datang,” katanya.
“Ramai yang cuba menyelamatkan dia... jika dia diberikan bantuan oksigen, dia kemungkinan masih hidup hari ini,” kata Kassim.

Baharuddin dikebumikan di tanah perkuburan Lembah Keramat di sini pada pukul 12.55 tengah hari tadi bersama kemeja-T Bersih 2.0 yang Allahyarham pakai ketika perhimpunan semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan pasukan polis tidak harus dipersalahkan atas kematian Baharuddin.

Sambil berkata kematian Baharuddin adalah disebabkan masalah kesihatan, Najib mempertahankan cara polis menangani perhimpunan semalam.

“(Kematian dia) bukan kerana perhimpunan. Ia disebabkan (masalah) kesihatan. Tiada kontak fizikal (polis) dengan penunjuk perasaan,” kata Najib kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana anjuran Umno di sini.

Lewat malam tadi, PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian Baharuddin.

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata, Baharuddin meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasa Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia petang semalam.

Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP