Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 25, 2011

Ijazah Doktor Kehormat: Apa kurang Mohamad Sabu

MALAM tadi borak dengan geng PAS Cawangan Pinggir Sungai AU3 Keramat. Cawangan ini masih dalam pembentukan. Belum tahu lagi bila nak daftar tetapi nama dah muncul. Mungkin tunggu Saari balik?

Tiba-tiba sahabat kita orang lama dalam PAS, Mohamad Hasyim menimbulkan persoalan kenapa orang Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ramai dapat Ijazah Kehormat dianugerahkan oleh Bersih, Datuk Ambiga.

Sebelum itu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Sahabat kita mempertikaikan penganugerahan itu kepasa enam pemimpin PSM dan apa kurangnya kalau dibandingkan dengan Mohamad Sabu.

Beliau bukan sahaja dapat mengerahkan ahli PAS turun demontrasi Bersih malah dilanggar pihak polis sehingga kakinya mendatangkan kecederaan.

Ketika saat akhir Ambiga sudah hilang upaya bagaimana mahu meramaikan perhimpunan Bersih 2.0 akibat sekatan pihak polis disemua pintu masuk ke Kuala Lumpur.

Pemimpin demontrasi dan orang dari awal lagi telah ditangkap polis. Saat hampir perhimpunan dengan tekanan pihak polis ramai yang meyangka perhimpunan itu tidak akan berjaya.

Oleh kerana itu beliau menyerahkan kepada PAS supaya memastikan perhimpunan Bersih 2.0 terus mendapat sambutan.

Maka PAS terus mengumumkan Bersih 2.0 tetap diteruskan dan mencadangkan beberapa tempat perhimpunan untuk menuju ke stadium merdeka yang dihalang polis untuk diadakan perhimpunan di situ.

Jadi melihat kesungguhan PAS dan Mohamad Sabu menjayakan perhimpunan Bersih memang wajar anugerah kehormat itu juga diberi kepada Mohamad Sabu.

Ambiga berkata selain mereka, turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka.

“Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan,” kata Ambiga dalam ucapan menerima ijazahnya.

Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini.

“Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan.

“Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka,” kata beliau lagi.

Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada “kesemua mereka.”
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu.

Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional.

“Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa,” katanya.

Justeru kata Ambiga, beliau juga sedar tentang kedaulatan undang-undang yang sebenar dan bagaimana ia juga tidak boleh wujud.

Sementara itu komen Ibnu Hasyim: Selepas keluar berita ini, pihak kami mendapat timbal balik dari pembaca dan kawan-kawan BERSIH, bahawa ramai yang meragui mengapa hadiah 'hero' BERSIH 2.0, ijazah Dr Kehormat, tidak diberikan kepada pejuang-pejaung bersih dari berbagai kalangan dan penyokong. Bahkan dikatakan diberi kepada golongan tertentu dan kaum tertentu sahaja, kecuali kepada Allahyarham yang meninggal.

"Mat Sabu pun layak dapat!" Kata seorang penyokong BERSIH 2.0 dan penyokong Pakatan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP