Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 20, 2011

Pilihan raya judi di Kelantan

BERNAMA melaporkan orang bukan Islam menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana menghalang judi.

Dalam hal ini kita tidak tahu mereka ini mewakili kepentingan perniagaan peribadi mereka atau rakyat.

Sebagai sebuah negeri yang meletakkan asasnya Islam akan bersikap adil kepada mereka kerana mereka juga rakyat negeri itu.

Cuma apa yang kita mahu tahu apakah mereka yang mahu saman itu mewakili golongan ramai kalau nak ikut demokrasi.

Jadi baik kerajaan beri peluang suara mereka ini. Adakan pilihan raya judi. Ia seumpama referendum tetapi lebih tepat pilihan raya judi bagi memastikan sama ada demokrasi membenarkan hasrat mereka untuk berjudi.

Pilihan raya ini tidak perlu orang bagi orang Islam kerana mereka sudah tentu tentang judi. Jadi pengundinya adalah mewakili masyarakat bukan Islam supaya kita boleh tahu apakah orang bukan Islam suka kepada judi atau tidak.

Kalau masyarakat bukan Islam ini majoritinya suka judi maka kita boleh bagi satu tempat untuk mereka berjudi tetapi jangan kacau orang Islam.

Kamu boleh berniaga judi tetapi kamu tidak layak ambil duit orang islam untuk berjudi. Bagitu juga dengan hiburan.

Kenapa mereka ini mahu berniaga perkara yang karut marut tetapi mahu ambil wang orang Islam. Mahu jadikan orang Islam pelanggan mereka. Kenapa??? Mahu untung besar ke???

Orang Islam tidak larang mereka nak berjudi kalau itu amalan mereka. Orang Islam tidak larang mereka nak berlalak dan berhibur ghairah kalau itu sudah budaya mereka.

Namun apa yang kita nampak ia bukan budaya mereka pun sebaliknya ia satu perniagaan yang mahu mencari keuntungan semata-mata. Orang ramai tidak boleh manfaat pun daripada kegiatan tersebut.

Jadi kalau mereka rasa hiburan seumpama itu dan judi tersebut boleh dapat duit dan sara keluarga dan kononnya berlindung atas budaya mereka maka kita biarkan mereka.

Beri peluang mereka tetapi dengan syarat ia adalah keputusan majoriti bukan Islam.

Kawasan perjudian dan hiburan itu adalah kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh orang Islam. Dan ini kena diurus tadbir oleh mereka bukan Islam secara telus memastikan orang Islam tidak masuk permis mereka. Supaya orang Islam tidak terlibat dengan mereka.

Firman Allah: “Bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami.”

Baca laporan bernama dibawah:

Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan Pas Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lepas.

Saman pemuda itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Sheng Lee Law pada 6 Jun lepas.

Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.

Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.

Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan. Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya.- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP