Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 4, 2011

Kerani tentera kena buka karung undi pos

AMPANG: "Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," kata Nasir Mohamad dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di sini pagi tadi.

Nasir merupakan seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

Beliau yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum.

Bekas sarjan mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemalsuan undi pos yang selama ini digembar-gemburkan pembangkang, jelas terbukti daripada pengakuan bekas tentera tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP