Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 1, 2011

Biometrik punya pasal Najib sanggup akui daftar SPR ada pengundi hantu

Najib beria-ia sangat mahu menggunakan sistem biometrik, sehingga sanggup akui daftar pemilih SPR ada pengundi hantu.

Sedangkan sebelum ini, beliau yang menafikan ada pengundi hantu tetapi sekarang sudah spin kerana ada kepentingan biometrik.

Sebenarnya biometrik dengar dan nampak sahaja pada nama yang hebat tetapi ia belum jamin tidak berlaku penipuan kerana yang melaksanakan penipu.

Penipu akan suka kepada biometrik itu kerana dia rasa dia boleh menipu secara sistematik.

Setekat ini SPR dan beliau belum dapat memberi jaminan biometrik boleh mengatasi masalah seorang pengundi boleh mengundi banyak kali.

Biometrik memang mampu mengesan pengundi hantu tetapi belum tentu dapat halang pengundi hantu itu mahu undi acap kali.

Sekarang pendatang tanpa izin pun sudha diputih dengan biometrik dan mereka ini juga akan digunakan untuk mengundi Umno.

Berita sebelum ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau juga komited menangani isu pengundi hantu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) antara aspek ditekankan pembangkang selama ini.

Menurutnya, sistem biometrik yang akan diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan pembangkang.

Berikutan itu, Najib berkata, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

“Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu.

“Dengan adanya sistem biometrik kita boleh lakukan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Sebelum ini, SPR mengumumkan akan menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya, namun tidak memberi jaminan ia boleh digunakan pada PRU-13.

Bagaimanapun, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk S Ambiga tetap mendesak agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada PRU-13.

Selain itu, Najib juga menyentuh pentadbiran Pas di Kelantan sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) boleh menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.

Beliau berkata, mudah untuk BN memanipulasikan undi, namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

“Kerajaan Pas di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.

“Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi, kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP