Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 19, 2011

Kerajaan punca murtad

KERAJAAN tidak serius dalam kefahaman Islam kepada rakyat sebab itu umat Islam boleh murtad. Ibarat buat masjid tetapi tak suruh umat Islam sembahyang. Orang yang buat masjid pun tidak sembahyang jadi matlamat membentuk masyarakat berakhlak tidak tercapai.

Kerajaan ada kuasa boleh menggunakan kuasa untuk memastikan rakyat terutama Islam mendapat pendidikan Islam yang sempurna dan syumul. Kerajaan ada kuasa memastikan umat Islam mendapat kefahaman Islam yang jelas.

Selepas memastikan umat Islam mendapat pendidikan dan amalan Islam yang sempurna maka kerajaan kena menggunakan kuasa melaksanakan undang-undang jenayah Islam termasuk undang-undang murtad.

Inilah cara yang berkesan untuk menangani murtad bukan menyalahi agama lain yang mengheret umat Islam masuk agama mereka.

Kita dalam Islam ada peraturan dan undang-undang untuk umat Islam yang lompat agama. Itu kelebihan dalam Islam.

Kalau kerajaan mahu buat undang-undang bagi mencegah orang lompat parti apa lagi dalam soal Islam kerana ia adalah prinsip tetapi dalam agama lain dia tidak ada undang-undang yang melarang penganut mereka keluar daripada agama mereka. Maknanya tiada halangan.

Sebaliknya dalam Islam tidak boleh apabila orang Islam atau mereka yang masuk Islam tiba-tiba mahu keluar Islam ia tidak boleh sama sekali. Ada undang-undang yang menyekat orang Islam.

Kenapa dalam Islam ada peraturan tersebut? Jawabnya kerana Islam itu sempurna. Addeen yang diredhai Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP