Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 15, 2011

Jais pun bukan boleh percaya geng Umno

Walaupun negeri Selangor di perintah Pakatan Rakyat tetapi kepala-kepala dalaman Jais masih Umno. Jadi tidak keterlaluan kalau dikatakan Jais masih menjadi budak suruhan Umno untuk parti itu merampas kembali Selangor.

Jais sebenarnya berselindung disebalik nama Islam tetapi gerak kerja bercanggah dengan Islam contohnya Jais meroboh rumah ibadah orang Islam.

Malah Jais merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain-lain.

Tetapi kenapa tiba-tiba mereka mahu simpati orang Islam dalam isu Jais serbu rumah ibadah Kristian. Kita tahu dan faham memang ada berlaku isu murtad tetapi kita tidak mahu seperti Umno menangani isu ini.

Umno tangani isu ini bukan untuk kepentingan politik mereka tetapi isu itu dan Islam menjadi barang mainan politik mereka. Umno mempergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka.

Jais bukan sahaja roboh rumah ibadah orang Islam bahkan dia tidak mahu ilmu Islam tersebar. Jais menangkap penceramah yang hanya atas kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang Jais boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

Jadi sebenarnya semua dimusuhi Jais termasuk surau dan masjid. Apa yang jelasnya yang tidak musuh bagi Jais ialah Umno. Jais dan Umno sahabat dulu kini dan selamanya.

Kecuali tukar hok atas tu.

Boleh baca ini

Gereja: Jangan masuk perangkap Umno

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali

Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.

“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP