Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 16, 2011

Jawatankuasa Masjid Syakirin tidak menghormati ilmu

BANYAK amalan yang boleh diambil daripada peperangan Badar yang berlaku pada pertengahan Ramadhan.

Bagaimanapun banyak orang Melayu tidak faham-faham sirah tersebut untuk diimplementasikan dalam kehidupankan kita. Malah lebih buruk ada tanggapan kisah perang Badar itu macam cerita hikayat.

Kenapa keadaan ini berlaku? Orang Umno dengar juga sirah perang Badar macam orang Pas dengar tetapi kenapa orang Umno tetap Umno?

Sebab orang Umno tidak dapat hidayah. Betul jawapan tu tetapi itu jawapan biasa untuk menutup kelemahan dan ketakutan penyampai sirah perang Badar.

Ramai ustaz gagal menyampaikan sirah perang Badar yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan sekarang.

Rama ustaz yang mengajar sirah perang Badar di bulan Ramadhan tetapi penyampaiannya macam cerita hikayat. Tidak mampu mengaitkan kisah perang Badar dan pengajaran disebaliknya bersesuaian dengan kehidupan sekarang.

Kenapa berlaku begitu? Mungkin ada juga ustaz yang tidak pandai untuk menyampaikan disebaliknya kejadian perang Badar tetapi ramai sebenarnya yang takut.

Saya mengikuti pengajian Subuh semalam di Masjid Syakirin. Saya sebenarnya mahu ikuti kuliah ustaz Mohd Zin tetapi diberitahu Haji Rahman bahawa Ustaz Mohd Zin sudah tidak mengajar di masjid ini kerana telah dipecat.

Kesalahannya pasal menegur baca Yassin pada malam nisfu syaaban. Kata Mohd Zin sebagaimana disebut rakan saya itu; “Dah empat tahun mengajar… tak faham-faham.”

Jadi kerana teguran itu dia dipecat daripada salah seorang pengajar di Masjid Syakirin. Hebat! Cukup hebat jawatankuasa masjid lebih hebat daripada ustaz.

Patutnya masjid ini hak ulama-ulama dan ustaz-ustaz kerana ilmu dia lebih dekat dengan Allah jadi dekat dengan rumah Allah atau tetamu di rumah Allah itu untuk beliau menyampaikan ilmu tetapi jawatankuasa masjid lebih hebat boleh pecat tetamu Allah yang lebih hebat daripada dia.

Jawatankuasa masjid ini tidak sedar siapa yang lebih layak duduk dalam rumah Allah. Apakah Allah SWT akan jemput masuk di rumah Allah daripada mereka atau para ustaz yang mahu menyampaikan ilmu kebenaran.

Jawatankuasa masjid ini dia rasa dia lebih hebat ilmu Islam daripada para ustaz yang mengajar kerana dia rasa dia cukup pandai maka dia boleh pecat sewenang-wenanngnya.

Aku nak tegur jawatankuasa masjid syakirin ni. Hang ambil ilmu Islam itu daripada turun temurun, daripada ikutan turun-temurun. Bukan daripada ilmu yang betul tetapi daripada ilmu ikutan.

Jadilah amalan hang tu ikut-ikutan bukan amalan berdasarkan ilmu Islam.
Sebenarnya nak cerita lagi pasal perang Badar tetapi rasa juga nak marah bila perangai orang masjid tidak habis-habis dengan sikap tidak menghormati ilmu.

Dia rasa dia lebih pandai daripada ustaz. Sepatutnya ustaz tu dah belajar jauh-jauh cari ilmu untuk disampaikan kepada orang Islam yang tidak berkemampuan cari ilmu tetapi dia pandai-pandai sekat hanya kerana tegur perkara yang dia amal sedangkan amalan tu benda yang tidak berlaku dalam sirah Islam.

Inilah susahnya jadi orang ikut-ikutan. Tidak belajar dan mengkaji. Sebab itu Umno boleh sembelih kerana ada orang macam ni.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP