Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 18, 2012

Presiden Pas jenguk penyanyi Rap Bob Kuman

PENYANYI Rap, Bob Kuman sebelum ini laporkan dalam blog mendakwa hanya ada RM36 dalam akaun simpanannya mendapat simpati Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sempat menziarahi beliau selepas kuliah Maghrib di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Abdul Hadi memasuki biliknya di Apartmen Salvia, Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan dalam laptop.

Bob atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi turut menambah: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Marang itu bersama rombongan nazir serta ahli kariah masjid tersebut.

Bob juga menceritakan arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas Pas di kampung di Negeri Sembilan.

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden Pas meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Katanya, setiap musibah merupakan ujian daripada Allah SWT akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala diatas kesabaran menghadapinya.

“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Abdul Hadi menghulurkan sumbangan daripada ahli jamaah dan pihak masjid.

Pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek menulis dalam blognya tentang Bob Kuman yang memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini beliau tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (Husni Mohd Rawi, Maybank 112371007047)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP