Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 25, 2012

Apakah Zahid termasuk Melayu mudah lupa

PADA 29 Mei 2011, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit. Berita tersebut bertajuk `Siasatan Perancis: Menteri sedia beri keterangan’ mengatakan kesediaan Zahid ke mahkamah bagi menjawab isu itu merupakan bukti kerajaan sentiasa berani bersikap terbuka dan telus untuk menjelaskan segala perkara yang dipersoalkan rakyat. Namun, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa `Melayu mudah lupa’ rupanya penyakit itu termasuk orang seperti Zahid. Sebaliknya pada 21 April 2012, dilaporkan Zahid tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002. Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew. "Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu. Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka. NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima. Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia. "Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya. Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu. Pada tahun lepas, Zahid berkata; “Suaram bebas untuk melantik peguam, mencabar kita (kerajaan) di mahkamah atau apa-apa sahaja kerana kita mahu menjadi lebih telus. "Seperti yang anda ketahui, keupayaan Scorpene telah terbukti dan segala dakwaan yang dibuat (Suaram) boleh ditentukan kesahihannya di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Titiwangsa di Kuala Lumpur, sebagaimana dipetik Utusan. Orang Umno baca berita tersebut ketika itu bukan main suka kerana kerajaannya telus kononnya tetapi sekarang teluq boleh bagi makan anjing. “Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,” kata Zahid. Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidak sah mengikut undang-undang Perancis. Pada 2009, NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif, menjalankan urusniaga berdasarkan habuan dan menyalah-guna aset koporat. Apabila diminta mengulas perkembangan itu, Ahmad Zahid berkata: “Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi.”

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP