Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 24, 2012

Bersih 3.0: Kita jadi keliru bila Umno tunjuk baik

SEGALANYA kerana pilihan raya umum (PRU) ke 13 sudah hampir. Sekiranya tindakan kekerasan terhadap Bersih 3.0 ia memberi implikasi besar kepada BN sedangkan PRU ke 13 tidak lama lagi. Jadi buat baik. Buat warak. Jangan ulas atau kontra. Kontra bermakna tidak menguntungkan BN kerana ia menambah kebencian orang ramai kepada parti itu. Apalagi kekerasan terhadap Bersih 3.0 ia akan menjadi topik hangat menyukarkan kerajaan BN menepis. Selain itu BN sudah merasa kemenangan terjamin untuk mengekalkan pemerintahan dan merampas Selangor. Dengan memasukkan pengundi asing Sabah dan Sarawak ke Selangor ia tidak menjadi kebimbangan kepada Umno. Malah pilihan raya mesti dilakukan secepat mungkin sebelum pembersihan PRU ke 13 berlaku. Bagaimanapun ada juga risiko kepada BN sekiranya perhimpunan Bersih benar-benar dihadiri 500 ribu orang. Ia akan menjadi kejutan kerana Malaysia juga sudah umpama `Arab spring'. Rakyat menuntut perubahan dan tukar kerajaan. Oleh kerana itu jangan disangka mudah untuk anda sampai ke Kuala Lumpur. Sekatan jalan oleh pihak polis, itu perkara biasa sebagai usaha menggagalkan perhimpunan mencapai sasaran dan anda kena bijak untu melepas sekatan tersebut. Berita berkiatan: Menteri akui k'jaan 'keterlaluan' tangani BERSIH 22 April 2012 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan bertindak keterlaluan ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 pada dengan mengharamkan penganjur dan menahan individu yang memakai kemeja-T perhimpunan 9 Julai itu. Bagaimanapun, beliau membandingkan tindakan tersebut dengan langkah yang diambil kerajaan United Kingdom dalam menangani rusuhan yang berlaku di negara tersebut. "Banyak bantahan daripada orang ramai (di UK) kerana kurang tindak balas daripada agensi penguatkuasa," katanya dalam satu wawancara dengan akhbar Sunday Star hari ini. Katanya dakwaan bahawa kerajaan bertindak keterlaluan itu mungkin berbeza sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ketika perhimpunan BERSIH 2.0. Bagaimanapun kerajaan mengambil teladan daripada peristiwa itu dan memperkenal undang-undang baru untuk perhimpunan BERSIH 3.0. Katanya akta itu memberi keyakinan kepadanya untuk menjalankan tugas dengan bijaksana dan bertanggungjawab mengikut undang-undang. Pentadbiran Najib melancarkan operasi besar-besaran untuk mematahkan usaha penganjur mengadakan perhimpunan terseut, termasuk segala aktiviti berkaitan BERSIH. Tindakan itu menyebabkan ramai ditahan dan timbul dakwaan bahawa pergerakan BERSIH disusupi oleh ejen komunis. Hishammuddin sendiri mengumumkan BERSIH – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil – sebagai pertubuhan haram dan bahan publisiti pertubuhan itu juga dirampas. Beliau juga memberi jaminan bahawa perhimpunan 28 April tidak akan dianggap sebagai satu ancaman keselamatan, selagi ia dijalankan secara aman. Jika ada penambahan kehadiran polis untuk hari tersebut, itupun hanya bagi membantu golongan yang ingin menghadiri perhimpunan, katanya. Bagaimanapun, Hishammuddin tetap menggesa gabungan BERSIH supaya menggunakan lokasi lain memandangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan mereka untuk menggunakan Dataran Merdeka.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP