Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 4, 2012

Umno patut dengar nasihat mufti

HENTI perangai tidak bertamdun. Bila rasa tertekan dan hendak kalah Umno mula main politik jahat. Ganggu ceramah dan pukul pihak lawan. Apakah dengan cara ini Umno akan terus berkuasa?

Atau apakah Umno mula terasa bahang `Arab Spring'? Kalau Umno terus membuat tekanan kepada golongan yang mahu perubahan maka saling tak ubah Umno macam Hosni Mubarak dan sekuncu dengannya. Najib boleh minta maaf tetapi rakyat sediakan maafkan dengan Najib sedia berundur.

Bukan tidak ada yang baik pada Najib tetapi sudah banyak kemusnahan maka Najb perlu undur. Negara perlu diselamatkan. Maka Azizan Kedah juga perlu ingat. Orang memerintah cara harmoni tetapi kamu tidak sampai sepenggal ahli majlis mesyuarat kerajaan bergaduh besar.

Jadi orang seperti ini tidak payah jadi menteri. Bagi orang lain. Ramai lagi yang layak. Dia sahaja yang rasa layak kerana kepala dia keras. Semua orang perlu ikut cakap dia. Tidak boleh kalau tidak ikut.

Amalkan politik Islam bukan injak lawan untuk menang, kata Mufti Selangor
Oleh Syed Mu'az Syed Putra March 02, 2012

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Menyokong gesaan agar gejala keganasan politik dihentikan, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menegaskan insiden itu boleh diatasi sekiranya parti politik ikhlas dalam perjuangan selain berpegang kepada prinsip Islam.

Kelmarin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan gejala keganasan politik menambah insiden itu boleh diatasi sekiranya rakyat berpegang kepada prinsip “negara barakah”.

Menurut Presiden ABIM Amidi Abd Manan, prinsip negara barakah mengangkat tinggi prinsip, nilai akhlak, etika dan moral.

Jelas Tamyes, politik jika diamalkan dengan tertib dan teratur segala insiden tidak baik termasuk keganasan politik tidak akan berlaku.

Beliau menambah walaupun ada yang beranggapan politik bukan sesuatu yang sihat namun ia turut diamalkan Islam.

"Gejala keganasan politik tidak sepatutnya berlaku, politik perkara yang baik jika dilakukan dengan tertib dan teratur... Walaupun ada yang beranggapan politik itu kotor tapi politik itu perlu dan ia diamalkan dalam Islam.

"Sebab itu politik perlu dilakukan secara berdisiplin, maknanya istilah keganasan politik adalah penipuan dalam politik seperti rasuah dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tamyes berkata semua parti politik di Malaysia sepatutnya mengamalkan prinsip politik yang sihat selain menjaga kebajikan rakyat.

"Itu (keganasan politik) politik yang tidak sihat, kita perlu politik yang sihat...menuju untuk membangunkan negara dan biarlah politk ini menuju ke kerehdaan dan keberkatan Allah.

"Kita mahukan negara yang baik dan menjaga kebajikan rakyat. Masing-masing bercita-cita untuk kemukakan sesuatu yang terbaik ke arah kebajikan rakyat yang boleh memberikan mereka bahagia, harmoni dan tidak ketegangan," katanya.

Sebaliknya jelas beliau, semakin banyak insiden keganasan politik berlaku sejak kebelakangan ini yang boleh memberikan tanggapan negatif masyarakat luar.

"Politik digalakkan, kalau nak kata semua pandangan orang ini sama susah, dalam sebuah keluarga ibu dengan bapa pun ada berbeza pendapat. Masing-masing berbeza pandangan.

"Kalau politik untuk membangunkan negara ia mesti dilakukan dengan lebih harmoni, bukan menginjak-injak lawan dan akhirnya jadi orang yang dikecam...berpegang kepada prinsip Islam, amalkan politik secara harmoni dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau cacian," katanya.

Gangguan dan provokasi kerap berlaku semasa program ceramah diadakan terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Terbaru ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP