Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 7, 2012

Mampukan panel pemandu berdepan dengan Azizan

IA cuma sebagai penasihat dan tidak ada peruntukan yang memastikan menteri besar menerima nasihat panel pemandu. Saya rasa ia lebih kurang Suhakam yang dicipta kerajaan BN.

Suhakam menerima laporan dan memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk terima atau tidak. Bagaimanapun ada peruntukan tertentu tetapi apakah jawatankuasa pemandu PAS ada kuasa melalui peruntukan tertentu atau ia hanya bergantung kepada budi bicara?

Namun kita harap mungkin ini adalah penyelesaian jalan singkat sementara menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jawatankuasa Pemandu tidak hadkan kuasa MB

Anis Nazri, 07 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Peranan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat tidak akan menghadkan sebarang kuasa menteri besar berdasarkan pengalaman jawatankuasa ini yang dipraktikkan di Kelantan sebelum ini.

Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar), menegaskan peranan jawatankuasa itu hanya memberikan nasihat dan pandangan tentang beberapa perkara berbangkit di negeri terlibat.

Di Kelantan, kata beliau yang pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, jawatankuasa itu pernah memberikan pandangan dan nasihat berhubung hukum hudud yang ingin dilaksanakan di negeri itu pada 1990.

PAS membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran negeri Kelantan apabila PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah menang semula di negeri itu pada tahun 1990.

Ketika itu, Presiden PAS adalah Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor.

"Apabila terdapat perkara berbangkit mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan dahulu, jawatankuasa tersebut memberikan pandangan dan nasihat mengenainya. Namun, keputusan tetap di tangan menteri besar dan ahli exconya," jelas Datuk Halim kepada Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Halim yang kini anggota Parlimen Pengkalan Chepa berkata, Jawatankuasa Pemandu hanya berfungsi sebanyak 50 peratus sahaja, manakala selebihnya terletak di bawah kerajaan negeri.

Bagaimanapun, peranan jawatankuasa itu hanya lebih berbentuk nasihat tanpa mencampuri sebarang keputusan kerajaan negeri.

Sebelum ini, PAS Pusat memutuskan agar Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan bagi menasihati kerajaan negeri Kedah dan negeri-negeri yang melibatkan PAS untuk membantu pentadbiran negeri itu.

Bagaimanapun media arus perdana memutarbelitkannya sebagai satu usaha untuk menghadkan kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP