Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 10, 2012

Kemenangan simple majoriti beri kuasa ketuanan rakyat

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata rakyat boleh membuat pilihan kepada antara dua parti untuk memerintah dengan simple majoriti supaya kuasa ketuanan rakyat terus berlaku dan memberi memakmuran kepada rakyat sendiri.

“Rakyat kalau mahu beri kemenangan kepada mana-mana parti Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN), saya berpendapat jangan beri kemenangan penuh supaya berlaku semak dan imbang yang memberi keuntungan kepada rakyat.

“Contohnya apabila kerajaan hilang majoriti dua pertiga kerajaan beri RM500 (bantuan rakyat 1Malaysia) dan kemudahan lain,” katanya dalam ucapan akhir Wacana Sinar: Mengapa Undi Melayu Pecah? Di Kompleks Krangkraf, di sini, Selasa lalu.

Rakyat tidak akan menikmati kemudahan itu kalau kerajaan menang dengan majoriti besar dan tidak berlaku sistem semak dan imbang.

Ketika memulakan wacana beliau berkata perpecahan undi dikalangan orang Melayu harus dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah, malah mampu menjadikan rakyat negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.

Sebelum ini, rata-rata pemimpin politik dan penganalisis mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, ia berikutan daripada proses semak dan imbang yang ada dalam al-Quran, memberi keuntungan kepada kaum Melayu dan rakyat negara ini pada amnya.

Beliau juga berkata, proses semak dan imbang itu perlu bagi menyemak dan mengimbangi urusan pentadbiran negara.

“Saya menolak pandangan pihak yang melihat perpecahan ini satu keburukan kerana bila dilihat, perkara ini menyebabkan tiada pihak yang terlalu berkuasa dan berpeluang mengumpul kekayaan.

“Orang Melayu sebenarnya sejak dari dulu lagi sudah berpecah. Ketika wujudnya dua parti yang mewakili etnik Melayu iaitu Umno dan Pas, undi Melayu pecah. Maka, dengan dua kelompok ini boleh semak dan imbang seperti yang diunjurkan oleh Islam.

“Sistem dua parti, BN dan PR yang kita amalkan sekarang amat baik sekali, dan ia menjamin masa depan negara yang cerah,” katanya.

Menjawab soalan Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, mengapa PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP berbanding Umno, Dzulkefly menjelaskan: “Kita lebih rela minum kopi bersama DAP dan PKR daripada minum arak dengan Umno.”

“Asas kerjasama itu ialah kebersamaan atau ‘maqasid’ bagi mendapatkan keadilan. Apakah Umno boleh jamin 40 peratus isi rumah penduduk negara ini berpendapatan RM1,500, sedangkan kini hampir 80 peratus isi rumah orang Melayu hanya berpendapatan RM1,000 sebulan. Apa yang berlaku,” soalnya.

Justeru, Dzulkefly ingin menjadikan Pas sebagai ‘political actor’ yang kritikal dan ‘active player’ dalam negara.

“Muafakat Melayu, Cina dan India sudah tidak relevan dalam politik. Apa yang kita mahu jalankan ialah politik baru iaitu sistem pelbagai parti dengan mengiktiraf Islam. Dalam Islam tidak timbul perpecahan dan pokoknya ialah urus tadbir politik,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP