SHAH ALAM: Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Roslan Kasim mengangguk kepala tanda setuju apabila Moderator Wacana Sinar, Dr Maszlee Malik mengajukan cadangan diadakan debat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Roslan berkata Roslan berkata debat tidak akan kemana dan lihat sahaja debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu dengan Presiden PAS, Datuk Fadhil Mohd Noor.
“Debat pernah berlaku, ia tambah atau kurang tidak. Nampaknya tidak ke mana. Dan ia hanya melukut ditepi gantang,” katanya.
Namun pendapat Roslan itu dicanggah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, katanya debat kedua pemimpin itu membincangkan isu besar tentang Palestin.
“Saya menghormati Tun Dr Mahathir dan Datuk Fadzil… debat kedua pemimpin itu… jangan anggap melukut ditepi gantang,” kata Dzulkefly.
Melukut ditepi gantang itu membawa maksud kepada perbincangan itu walau pun ada debat itu, ia tidak bertambah atau tidak ada sekalipun, ia tidak berkurang.
Sebelum itu, dalam sidang media selepas wacana bertajuk `Mengapa Undi Melayu Pecah?’ di sini, Selasa lalu, Maszlee berkata menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti, kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa perlukan maklumat untuk memilih pemimpin maka perlu ada debat kedua pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendedahkan kepada hala tuju negara yang akan dibawa jika mereka memerintah.
Cadangan beliau itu disambut Naib Presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng, katanya; “Kita setuju Najib debat dengan Anwar untuk jelaskan agenda masing-masing.
“Selain njib boleh nyatakan agenda mereka, kita mahu Anwar juga diberi peluang deahkan apa agendanya,” kata Chua.
Ahli Parlimen Ampang, Ong Tee Keat, debat memang tepat dan relevan tetapi jangan dalam masa sama jadi ceramah biasa sehingga tidak nampak sangat hujah lawan hujah.
Sementara itu ada pertanyaan mengatakan apakah debat menjamin undi Melayu tidak akan pecah? Sebaliknya Dzulkefly berkata undi Melayu memang sudah pecah tetapi debat itu memberi hak mendapat maklumat dan memperkasakan undi Melayu.
“Debat itu hak demokratik mereka. Mereka membuat keputusan atas dasar demokrasi. Kalau media hanya menghentam dan tidak ada debat mereka tidak dapat ekses. Bila ada debat ia beri ruang kepada rakyat memilih berdasarkan maklumat,” katanya.
Isu debat kedua pemimpin itu timbul apabila Anwar mengajak Najib berdebat. Isu debat makin panas apabila kedua pemimpin parti DAP, Lim Guan Eng dan MCA, Chua Soi Lek berdebat baru-baru ini.
PAS juga sedia tawar Tuan Guru Abdul Hadi Awang berdebat dengan Najib tanpa syarat. Sehingga kini Najib masih membisu.
PAS langkaui retorik.. DAP isytihar PAS muuh utama
-
*1. Perjuangan PAS langkaui segala batas retorik dan deklarasi *
Kandungan
-Prinsip Islam sebagai teras perjuangan. -Pentadbiran Negeri-negeri dengan ...
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment