Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 6, 2012

Banyak sangat fikh belakangkan tasauf ni jadinya

INI pentingnya ilmu tasauf sekurang-kurang mendidik diri kita berakhlak dan rendah diri. Tanpa ilmu seperti ini kita sering rasa megah dengan ilmu agama dan sering menjadikan nas dan usul fikh bersesuaian dengan hasrat kita supaya orang nampak hujah atau dalil kita kuat.

Kepentingan jemaah juga kena ambil keutamaan daripada keluarga dan kawan. Ini kerana apabila tersempit belum tentu keluarga atau kawan akan tolong PAS. Kalau keluarga dan kawan itu jemaah tak apa tapi kalau sebaliknya, ini yang parah.

Kedah: PAS rakam tahniah, rancang munajat perdana

Harakahdaily, 06 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS merakamkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penyelesaian isu Kedah dan merancang munajat perdana dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini berkata, tahniah diucapkan kepada seluruh ahli PAS yang menerima berita gembira penyelesaian kepada ribut kecil di PAS Kedah ini.

Tindakan kedua-dua exco Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencerminkan satu akhlak jamaah yang tinggi, bilamana akur dengan pandangan parti, tambah beliau.

“Tahniah diucapkan kepada Jawatan Khas yang terdiri daripada Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang bertungkus lumus menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut ini. Khususnya bagi YB Salahuddin, sememangnya anda dilayak digelar Kofi Anan dalam PAS,” kata Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bergegas balik dari Bosnia transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi.

“Kegembiraan kerana seluruh ahli parti ingin melihat Kedah terus mantap, dan menjadi pangkalan kedua terkuat pemerintahan PAS selepas Kelantan. InsyaAllah apa yang dibincang dan dirumus akan dapat dilaksanakan, demi kebaikan dan masa depan PAS Kedah khususnya dan negara amnya.

“Mari kita himpunkan ribuan rakyat Kedah di Stadium untuk kita bemunajat, dekatkan diri dengan Allah, meluahkan kasih sayang dan mahabbah antara kita. Semoga Allah memperteguhkan jamaah ini. Allahu Akhbar,” tambah beliau.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP