Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 26, 2010

Biskop Bishoy; Ayat al-Quran ditambahkan Uthman

Seorang biskop senior Koptik telah menyebabkan kehebohan di Mesir kerana mendakwa beberapa ayat al-Quran ditambah oleh sahabat Nabi saw, iaitu Uthman Affan.

Biskop Bishoy, setiausaha Sinode Gereja Koptik Kudus, menyatakan bahawa ayat-ayat tertentu daripada al-Quran telah dimasukkan ke dalam kitab suci selepas kematian Nabi Muhammad saw. Dan itu menyiratkan keraguan atas kesahihan ayat-ayat tersebut.

Selama ini, kaum muslimin percaya bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad kata demi kata oleh Malaikat Jibril selama sekitar 23 tahun.

Dalam pertemuan baru-baru ini dengan duta besar Mesir di Cyprus, dihadiri oleh beberapa media, Bishoy mengatakan bahawa ayat-ayat tertentu dari Quran bertentangan dengan iman Kristian dan bahawa ia percaya bahawa ayat-ayat itu ditambah kemudian oleh salah satu pengganti Nabi Muhammad, iaitu Khalifah Uthman Bin Affan.

Kenyataan itu jelas mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin Muslim dan bahkan Kristian sendiri. Semuanya mengulas bahawa kenyataan Bishoy boleh menyebabkan ketegangan sektarian.

Bishoy langsung mengatakan pada sebuah khutbah pada hari Rabu bahawa telah berlaku salah faham.

"Soalan saya, sehubungan dengan beberapa ayat Quran ditambah selepas kematian Nabi (Muhammad) bukan kritik atau tuduhan," katanya. "Ini hanyalah sebuah pertanyaan tentang sebuah ayat tertentu yang saya percaya bertentangan dengan iman Kristian," kata Bishoy khalayak di Fayoum, sebelah selatan Kaherah, seperti dikutip dari al-Masry al-Youm.

"Saya tidak faham bagaimana itu boleh berubah menjadi serangan terhadap Islam," kata Bishoy. (Sa / aby)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP