JIKA dahulu kita sudah di larang dan dikurung dalam erti kata fizikal tetapi sekarang, setelah dijajah secara 'maya' kita juga telah di perintah berkurung secara maya juga.
Tiada bezanya semasa kita di zaman pemerintahan british dahulu, kerajaan yang sedia ada juga sama, tetapi kita sedang 'berperang' melalui maya.Berperang untuk mencari kebebasan, kemerdekaan dan keluar dari kepompong cengkaman pihak kapitalis.
Kita dalam diam sebenarnya sudah alam dijajah dan berperang cuma kita sahaja tidak nampak akan ia, selepas tamatnya perang dingin selepas perang dunia kedua, kini kita berperang dalam erti kata dalam dunia maya. Hidup dalam keadaan 'daif minda' meskipun kehidupan mewah disekeliling. Sering disogok dan digogokkan dengan informasi dan maklumat yang hanya berdasarkan satu pihak sehingga rakyat sendiri tidak tahu mana satu kebenaran.
Sebagaimana zaman darurat yang terjadi dalam sekitar tahun 1948 hingga 1960 dahulu, semasa zaman pemberontakkan komunis.Itu di perintah berkurung secara zahir, dan kini kita dikurung menggunakan minda pula.
Setiap maklumat ditapis sehingga tinggal quark (jisim terkecil dalam atom), jika sudah ditapis dengan pelbagai pemeringkatan barulah ia di uar-uarkan ke serata negara, itu pun melalui 'senjata' yang dikawal mereka sendiri iaitu RTM, TV3, serta TV swasta lain tidak terkecuali pihak Astro yang berbayar.
Senjata rakyat hanyalah facebook, blog, twitter, dan youtube bagi mencari konklusi dalam menentukan halatuju masa depan masing-masing dalam hidup.
Mungkin kita sendiri tidak sedar, perang sudah lama, cuma kita tidak ambil tahu dan tidak mahu ambil tahu kerana bagi kita ia tidaklah sepenting merintih dan meratap di facebook dengan segala hal yang remeh sehingga jika kita dipinta memberi pendapat lidah kelu umpama digam dan distaple pada lelangit.
Sedarlah wahai orang kita, kita sekarang sudah memasuki era darurat, bukan darurat yang kita nampak seperti dikurung pada satu jangka masa tetapi sekrang kita sentiasa dipantau dalam apa jua benda yang kita lakukan, inilah darurat dalam alam millenium.
Kita tidak boleh bersuara menyatakan pendapat, itukah yang dipanggil kebebasan bersuara, kita terpaksa mengikut telunjuk itukah kebebsan.Memang lah sekarang aman dan damai, apa lagi yang kita nak bukan.Tetapi kekalutan seperti ini ia tidak memakan secara pantas tiba-tiba runtuh, tetapi ia umpama barah lebih tepat lagi umpama anai-anai dalam sebuah rumah, dengan tanpa diduga runtuhlah rumah tersebut.
Ingatlah kita sedang berada pada fasa darurat, dimana semua dihadkan, anda sedang dikurung di dunia maya meskipun bebas menlayari internet.
Jika dahulu mereka memulakan tempoh darurat dengan melarang penduduk malaya dari keluar dari rumah dalam jangka masa tertentu tetapi sekarang...
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012 "PENTING!"
Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
- Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
- Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
- Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
- …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.
Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.
Anda fikir anda tahu Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Umpama Deklarasi Darurat Malaysia 1948-1960 Dahulu ? Anda fikir sekali lagi..
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
5 minutes ago
0 comments:
Post a Comment