Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 17, 2011

Umno guna polis dan SPR untuk jual negara

KAJANG, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak pihak Polis jangan terlibat dengan konspirasi melindungi penyelewengan pemberian Kad Pengenalan Biru kepada warga asing hanya semata-mata menurut arahan Umno-BN.

Desakan itu berhubung alasan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, 240 warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort bertujuan mengikuti kursus keusahawanan.

Saidah Hairan menghubungi Balai Polis Sepang untuk mendapatkan respon daripada Superintendan Imran, bagaimanapun beliau bercuti kerana isterinya menjalani pembedahan.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, tidak munasabah alasan itu kerana warga asing yang datang ke Malaysia tidak dibenarkan berniaga.

Beliau memaklumkan pada peringkat awal pemandu bas diarahkan menurunkan warga asing di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat akhir mereka menerima arahan ke Astana Dugang Country Resort.

"Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir dari jabatan kerajaan ke resort di Kajang," katanya.

Beliau mempertikaikan warga asing diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dengan menaiki bas persiaran serta resort.

Katanya perjanjian dengan pemandu bas perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober, warga asing tersebut tiba di Putrajaya jam 6 pagi hari yang sama.

Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan tegas beliau, Pemuda PAS ingin tahu kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya dijalankan selama lima jam sahaja.

"Kenapa tidak dijalankan kursus keusahawaan di Johor Baharu," soalnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi menanangi masalah itu, Pemuda PAS Pusat menubuhkan `Skuad Khas' di seluruh negara untuk membuat pemantuan dan tindakan agresif.

"Kita yakin perkara ini sudah lama dijalankan dan sejak akhir-akhir ini ramai yang terlibat memberi maklumat kepada kita," katanya.

Sementera itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman yang mengetahui awal maklumat tersebut berkata, sumber dalaman yang membawa warga asing itu mendedahkan mereka dari Indonesia dan Kampucha akan diberi Kad Pengenalan (Mykad).

Katanya, enam buah bas persiaran datang dari RnR Kulai (Johor) pada jam 12 tengahmalam dan berkumpul di RnR Pagoh seterusnya berhenti solat subuh di masjid Putrajaya.

Beliau dimaklumkan ketika bas berhenti di masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menemui ketua rombongan bas dan mengarahkan mereka ke resort di kawasan berhampiran setelah menyedari operasi jahat mereka dikesan.

Mazlan berkata, sumber tersebut memberitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar perbualan mereka yang mendakwa akan mendapat Mykad.

"Sumber itu memberitahu saya kerena mereka tidak mahu bersuhabat dalam operasi jahat ini, kebetulan pula polis yang berada di kawasan resort mengarahkan pemandu bas pulang dan jangan terlibat dengan kes ini," katanya.

Sehubungan itu, lebih 200 warga asing dari Indonesia dan Kampucha ditempatkan di Astana Dugang Country Resort, bermula sekitar jam 11 pagi, rabu 12 oktober.

"Saya difahamkan ini trip ke10 untuk operasi ini, modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tegasnya.

Sekitar jam 1.30 petang, sebuah kereta Mazda hitam PAT 2470 dari kawasan resort terpaksa berpatah balik dan melalui jalan belakang resort kerana dihalang Pemuda PAS untuk keluar ke jalan utama.

Wakil Harakah yang berada di situ mendapati kereta tersebut penuh dan dipandu laju sehingga jentera PAS yang mengejar menggunakan motor tidak dapat mengesan kereta tersebut.

Sementera itu, exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa yang mengekori bas dari Putrajaya berjaya masuk ke kawasan resort dan mendapati warga asing dari Indonesia dan Kampucha berada dalam resort.

"Saya tanya tujuan mereka datang ke resort, mereka menjawab untuk kursus," katanya ketika ditemui di hadapan resort.

Bagaimanapun beliau terpaksa keluar kerana kehadirannya tidak disenangi oleh `ketua' rombongan.

Setelah beliau keluar pagar resort itu dikunci manakala talian telefon bimbit yang tertera di pagar ketika dihubungi oleh jentera PAS, mereka menjawab, "salah nombor'.

Persoalannya, jika warga asing tersebut mengikuti kursus kenapa kereta Mazda PAT 2470 berpatah balik begitu juga dengan pagar resort di kunci setelah exco Pemuda PAS keluar dari kawasan itu?

Lebih musykil kenapa nombor telefon yang tertera di pagar resort 013-6410309 dan 013-4693966 ketika dihubungi menjawab, `salah nombor'?

caption gambar:
1. Mazda hitam PAT 2470 berpatah balik setelah melihat Pemuda PAS menghalang perjalanan mereka.
2. Angsana resort
3.Mazlan Aliman dan Adrham Musa yang berada di hadapan resort
4.nombor telefon yang tertera pada kain rentang di pagar resort

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP