Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 25, 2011

Najib diminta turun jengok Komuter KTMB

Saya memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sudi turun padang menjengok dan menilai kesulitan serta kesusahan pengguna Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KL Sentral terutama laluan Batu Caves – Pelabuhan Klang.

Ini kerana perkhidmatan Komuter semakin teruk, setiap hari rosak, tiada penghawa dingin, bersesak-sesak waktu puncak pukul 6.30 hingga 9.00 pagi dan (4.00 pm - 7.00 pm) malah Komuter tidak cukup dan tidak menepati waktu. Sering tertangguh 30 minit hingga satu jam.

Kita tahu Najib sanggup turun padang sebaik menerima aduan rakyat dan melihat kesusahan serta kesengsaraan rakyat mengguna perkhidmatan awam.

Kita akui perkhidmtan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorail memberi perkhidmatan yang cekap kepada pengguna maka ia bukan satu keperluan penting untuk Perdana Menteri turun mengejut melihat sendiri perkhidmatan itu.

Dan apa yang penting bagi Najib sekarang ialah `turun padang’ secara mengejut melihat sendiri servis Komuter terutama waktu puncak.

Pengguna letih dengan sikap pengurusan KTMB yang tidak komited dan tidak prihatin dengan setiap aduan.

Tiada tindakan diambil untuk membaiki servis Komuter terutama laluan Pelabuhan Klang - Batu Caves yang banyak tertangguh, lembab, kepanasan akibat kesesakan dan sistem air-con tidak berfungsi.

Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 6.30 am, 7.00 am dibatalkan di Stesen Klang menyebabkan pengguna tiba lewat ke pejabat, bersesak-sesak dan berpeluh untuk ke pejabat pada waktu puncak sebelah pagi.

Kedua, sudah berminggu ketibaan Komuter jam 4.30 pm, 5.00 pm, 5.30 pm dan 6.15 pm dibatalkan di Stesen Bank Negara menyebabkan pengguna tiba lewat ke rumah. Akhirnya mereka terpaksa bersesak dan berpeluh kerana kekurangan trans.

Alasan mudah yang diberi pihak pengurusan KTMB ialah kekurangan Komuter disebabkan sering berlaku kerosakkan trans dan tiada alat ganti.

Bagi kami sebagai pengguna alasan ini tidak boleh diterima akal dan tidak profesional untuk mengurus pengangkutan awam yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyat.

KTMB patut mengambil kira slogan kerajaan ‘rakyat didahulukan…’

Mat Jebat
Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP